Sambung balik cite aku daripada entry yang lepas. Tengok pada tajuk entry kali ni pun mesti korang dapat agak apa lagi lah cerita si ibu Aqil Naim ni. Apa ke lagi kalo tak pasal si kenit buah hati pengarang jantung aku dan abang ni. Dalam entry lepas ada aku cerita yang emak bagitau Aqil batuk muntah2. Dalam banyak2 hal yang paling aku takut ialah bila Aqil Naim mula batuk. Sebabnya, dia ada asthma a.k.a semput. Dan kalo nak ikut genetik asthma keluarga aku ni abah yang ada semput2 ni & sekarang bergantung pada Inhaler. Kalo tak sedut sempit ler saluran pernafasan abah. Tambahan sejak dah berumur meningkat ala2 vateran ni. Tahap kolesterol makin tinggi dan menyumbat sedikit saluran pernafasan abah. Dah lah itu satu hal, degil pulak tu. Orang dah berbuih mulut kami pesan. Jangan mandi malam2 buta.. Jangan mandi pagi2 buta banyak kali. Ini tak, dah mandi sebelum solat subuh blk dari surau mandi lagi. Kalo setakat mandi buat syarat je tak apa. Ini selagi tak lebih dari setengah jam tak sah. Itulah dia perangai abah. Bukan apa. Mandi tu memanglah tak salah, bagus untuk kesegaran dan kebersihan. Tapi masalahnya mandi ikut masa yang tak sepatutnya. Membahayakan paru2. Tak elok untuk orang asthma. Berbalik pada cerita si Aqil Naim. Aku balik2 dari Singapore, abah datang jemput aku dan abang di stesyen bas Medan Gopeng, Ipoh. Kami sampai agak2 dalam pukul 5.20 pagi. Sampai2 rumah, Aqil Naim dah bangun. Melompat2 dia bila nampak kelibat ibu & ayah dia dah balik. Kesian nya.. Macam lama sangat tak jumpa. Emak cakap dia tak habis2 cari aku. Buuuu... Buuuuu.. Nee buuuu.. Katanya pada mak sepanjang aku tak ada. Sayu pulak hati ni. Sampai2 je dekat pintu rumah, aku dah dengar dentuman kahak Aqil. Dia batuk tanpa henti. Berenti pun 5 minit lepas tu batuk balik. Aku & abang dapat melayan Aqil sekejap je sebab kami terlampau penat. Walaupun dapat tido dalam bas, tapi bukannya selesa pun. Buat sakit2 badan je. Aku & abang pun tertidur depan ruang tamu. Bergelimpangan tidur dah macam orang baru jumpa bantal dengan tilam. Aqil Naim guling2 sebelah kami sambil dia melayan diri sendiri. Kecian anak ibu. Pagi isnin tu aku mintak emak abah tolong hantarkan Aqil ke rumah mama dia. Aku betul2 tak larat nak jaga Aqil. Dan pagi tu aku sedar2 dah pukul 11.20 pagi. Abang masih lena disebelah. Disebabkan aku dapat kelepasan cuti traveling ke Singapore ingatkan nak rehat dirumah tapi memikirkan Aqil tak sihat, aku call mama bertanyakan perihal Aqil.
"DIA SEMPUT LAH INA.. TAK NAK MAKAN.. DAH MUNTAH DEKAT 3 KALI.. LEMAH SANGAT BADANNYA.. NAFAS DIA BERBUNYI.." kata mama Aqil..
"TAK PER LAH KAK WATIE, KEJAP LAGI TENGAH HARI INA AMIK AQIL.." letak je hp, aku terus gerak abang..
Kami amik Aqil pukul 1.30. Sampai2 je depan rumah mama, aku tengok Aqil lemah dalam dukungan mama dia. Tapi masih jugak dia tersenyum manis pada aku. Sejuk hati ibu. Dan bila aku ambil dia dari dukungan mama, kepala Aqil meliuk lentok ke bahu ku. Kesian anak ibu. Lemah!! Saat itu aku rindukan keletah & kelasakkan nya. Biarlah anak ibu lasak. Biarlah orang kata Aqil Naim buas. Janji ibu tau anak ibu sihat. Sesudah kami jemput Aqil, kereta abang laju meluncur ke hospital. Sesampai di depan pintu wad kecemasan, abang memberitahu pegawai perubatan yang ada di kaunter depan perihal Aqil. Kami disuruh masuk ke bilik 8. Bilik rawatan asthma. Dan Aqil pun mulakan operasinya. MENYEDUT GAS.. Anak ibu bijak. Dia tak meragam pun. Dia sendiri yang pegang serombong gas sehingga selesai. Setelah selesai, aku lihat Aqil bertenaga dari sebelumnya. "ABEH DAHHHHH" katanya.. Ha!!! Anak ibu dah mula banyak cakap maknanya dah ok ler tu. 2 kali Aqil disuruh sedut gas. Sedutan pertama masih tak hilangkan kepekatan kahak dalam paru2nya. Lebih kurang pukul 3 kami keluar dari bilik rawatan.
Tapi tak cukup 24 jam, kami berulang ke kecemasan sebanyak 3 kali. Kali ni Aqil semput paling teruk. Nak saja aku suruh doktor admit Aqil masuk wad. Tak sampai hati bila Aqil batuk tak berhenti2. Seksa rasanya. Dan pagi selasa, pukul 6 pagi kali terakhir aku dan abang bawak Aqil ke kecemasan. Kali yang ke-3. Dan kali ni, doktor terus rujuk kes Aqil ke pakar Paediatrik. DOKTOR SHOBA. Doktor yang sama merawat pesakit macam aku. Jadi tak susah sangat dia nak mengenali Aqil sebab dia lebih mengenali ibu Aqil ni sedari kecil lagi. Dan dia jugak yang menyambut kelahiran Aqil Naim. Doktor menyarankan Aqil mula guna INHALER.. Ubat sedut untuk bantu membuka saluran pernafasannya yang sempit. Dan doktor cakap Aqil perlu penjagaan yang baik. Supaya asthma nya tak melarat hingga dia dewasa & jika dijaga penyakit asthma ni boleh hilang bila Aqil semakin meningkat dewasa. Lega sikit aku mendengarnya. Appoitment Aqil akan datang bulan 4. Aqil dirawat sebagai PESAKIT ASTHMA.. Alahai!!!!
P/s: Pesan abang pada aku "IBU, LEPAS NI DAH TAK ADA TEH AIS TEH AIS LAGI DAH YER.." Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Abeh ler air kegemaran aku.. Tak boleh nak minum depan Aqil Naim.. Sebab nanti diapun nak jugak.. ;o( Tak apalah sayang.. Apalah sangat sedapnya teh ais tu nak dibandingkan dengan kesihatan anak ibu ni. Tapi teh ais memang sedap pun.. Ibu suka..
Apa ayah ngn ibu ni.. Aqil semput pun sempat lagi posing senyum bila bergambar..
Isk Isk Isk
2 Comments
alahai...ciannyer aqil...
ReplyDeletemmg kesian pn.. tp kalo tgk waktu dia tgh semput 2, lg lah kesian..
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.