Advertisement

Main Ad

~Aqil bukan pondanlah.. Aqil jenis tak suka nak berkasar.. Aqil disiplin owangnya..~

Huh!! Angin 1 badan ibu bila ada MANUSIA2 yg dah tua tunggu nak kojol tapi mulut masih berbau longkang.. Suka2 hati je diowang kata anak ibu PONDAN.. Puncanya sebab Aqil tak membalas setiap perbuatan kasar budak2 seusia atau yg lebih tua darinya.. Aqil cuma marah menjerit bila hak privasi Aqil diganggu mereka.. Bagi ibu itu bukan dikatakan PONDAN.. PONDAN ni lelaki yg menyerupai PEREMPUAN.. Nampak sangat betapa BODOHNYA owang itu bila dia katakan Aqil Naim pondan.. Aqil BERDISIPLIN.. Ibu dah didik sedari awal, pegi rumah owang jgn buat mcm rumah sendiri.. Hormat barang & harta benda owang.. Jangan nak buat owang rasa meluat dengan kita.. Jangan buat owang bercakap "IBU TAK RETI DIDIK ANAK..." Setakat ini ibu bangga dengan Aqil.. Aqil hanya melasak bila berada dirumah sendiri.. Hanya menunjukkan keganasan dirumah.. Memunggah dirumah.. Tak pernah nak belajar MENCEDERA atau MENGASARI owang lain.. AQIL DENGAN DUNIA AQIL... Jangan ganggu dunia Aqil sebab Aqil tak ganggu kamu semua.. Bila Aqil datang, Aqil datang dengan penuh sopan.. Menyapa kalian dengan penuh hormat.. Sebab pergaulan Aqil bukan satu pergaulan yg memerlukan kita bertumbuk, mengejek, menggigit, bergomol atau yg seangkatan dengannya.. Dari jauh ibu akan menjeling bila tgk Aqil mula berada diluar kawalan.. Bila makin menjadi, ibu akan bangun menarik Aqil supaya Aqil sedar apa yg Aqil buat itu satu kesalahan.. MEMBULI bukan satu cara untuk kita berkawan.. Berkawan ada landasan2nya sendiri, ada tertibnya supaya kita menghormati kawan2 kita.. 

Ermmmmmm Aqil BUDAK2 lagi!!!!!! Iyer betul... Memang Aqil masih budak2 lagi.. Kenapa perlu ibu kawal... Kenapa perlu ibu sekat... Sayangku Aqil Naim, kalo dari sekarang ibu tak didik.. Kalo dari sekarang ibu tak kawal.. Kalo dari sekarang Aqil tak ajar apa itu DISIPLIN.. Bila Aqil dah dewasa nanti, susah untuk ibu bendung lagi.. Bukan untuk ibu menunjukkan pada UMUM bahawa ibu HEBAT dalam mendidik anak.. Masih banyak lagi yg perlu ibu belajar.. Banyak lagi yg ibu perlu selami.. Jiwa anak.. Naluri anak.. Cuma ibu punya HAK.. Untuk menentukan cara kehidupan anak ibu selagi Aqil dibawah jagaan ibu.. Ibu nak owang cakap "YA ALLAH!! BAIKNYA ANAK KAMU INA.. DIAM JE TAK BUAS..." Sejuk hati ibu sayang...

Kepada OWANG TUA itu......... AQIL BUKAN SEORANG YG PONDAN YER!!! Tapi dia seorang kanak2 yg BERDISIPLIN bila berada di rumah owang lain atau dimana2 saja... Dia bukan anak yg tak terdidik & mendengar kata.. Dia anak yg pandai menjaga tatasusila.. Itulah dia kebanggaan ibu si AQIL NAIM..

Dia dengan dunianya..
Tak kaco owang pun..

Aqil budak yg sentiasa nak belajar sesuatu..
Ibu nak tangkap gambar..
Dia pun amik kamera dia konon2 nak amik gambar jgk..
Aqil oh Aqil..

Halooo Ayah....
Ayahhhhhh lik lerrrr.....

Sapa yg berani cakap Aqil PONDAN ni???
Suka hati dier jerk..
Meh try tgk anak jantan ke anak pompuan...
"Haippppp!!! Jangan cakap macam 2... Kasar bunyinya.."

**Nota Si Jari Runcing**
Boleh dia cakap macam 2..
Suka2 hati jerk...


~ABEHHH DAAAAAAAAAAA~


Post a Comment

5 Comments

  1. ntah pape jek ORG2 itu kan. cam najlaa pun lela mmg ajar jgn dok rampas2 brg2 org lain. kena behave kalau g umah org.
    x semestinya anak kita x melawan dia lembik. dh mmg didikan cenggitu. cam najlaa paling kuat pun akan jerit kuat2 kalau org kacau dia

    ReplyDelete
  2. Betul mamaNajla.. Diam x bererti dia kalah.. X melawan x mermaksud dia lembik.. Dia ada sifat menghormati & menjaga laku.. Mmg bodoh pun owang ITU.. Agaknya dia ingat dengan berkasar menunjukkan kehebatan kot.. Adoiiii!!!! Aqil pun dia dah tak tahan dia jerit sekuat hati.. Pastu dia blah.. Hehehehehe

    ReplyDelete
  3. hm... Khali spun pernah juga macam kena macam ni..padahal nenek sendiri... hish! memang tak tahan... Khalis masa tu umur dia 6 bulan... memang jenis Khalis kalau depan orang memang dia tak kan aktif...lebih2 lagi dengan orang yang dia tak rapat... boleh cakap Khalis lembik!!! anak saya tak lembik!!! rasa macam tak jerit je... lepas tu pegang Khalis pulak boleh letak sebarangan...kat atas karpet yang orang pijak2... cukup2 tak suka!!! saya geram la... huhu kalau nak buat macam2 pun tengok la dulu... huhu suruh la anak2 yang lain beranak ramai2 jangan la duk hadap kat cucu sorang ni.. ni anak saya!!! sorang je... nyawa pun saya sangup tukar.... [ibu... maaf.. hehe kat blog sendiri tak boleh merepek.. tumpang blog ibu ek...=p] orang tua ni kekadang tak semua betul... zaman sekaran dah maju... sesuka kati nak cakap lembik, pondan... habis tu nak suruh budak pukul2 amik pisau ke macam mana? kan kalau macam tu kata budak jahat pulak...

    ReplyDelete
  4. sama kak.. geram kalau org ckp anak kita lembik.. mcm danish budak2 ni gigit ke, tarik rambut ke, mmg jarang dia melawan. Kalau ada sedara mara dtg rumah, bukan nak kedekut la.. tapi mmg saya akan simpan brg2 mainan danish yg mahal2 skit tu. Sebab apa? Kalau bebudak ni pandai nak berkongsi tak pe.. Ni ada sekali tu bagi la diorang main kereta danish. Danish pun main lah sekali. Lepas tu digigitnya danish. Tak bagi main sama. Yg Danish ni memang suka main ramai-ramai mcm tu. Ye lah dia selalu sesorang je kat umah. Tak sampai hati tengok mcm tu, danish mmg tak melawan. Tapi kalau datang singa dia, siaplah..

    ReplyDelete
  5. white mommy: betul mommy.. ibu sakit hati btoi org ckp mcm gitu.. kalo kengkawan x trkilan sgt.. ini darah daging sendiri.. suka hati ngata anak kita mcm gitu.. gunalah ayat yg sopan sikit.. dah le setengah nyawa ibu usaha utk buktikan pada DIA yg ibu mampu lahirkan zuriat utk ayah Aqil.. last2 itu katanya.. patutnya dia bersyukur dlm ramai, Aqil lain.. Aqil umur 2 thn tp dah pandai mengikut org baca zikir.. tak mcm yg lain, terkangkang layan katun.. bkn ibu nak membangga sgt tp setiap CUCU 2 ada kelebihan masing2.. jgn tau nak kondem jer..

    liennasts: btoi 2 dik.. akak bkn apa.. mmg le depa budak2 dik.. kalo umur 1-6 tahun, manis lg kita gelar budak2.. ini umur dah nak 12thn next year.. dah bersunat.. tp perangai mcm budak BODOH!!!! dia plak lelebih melaga2 mencari pasal, mengusik membuli anak2 sedara.. cukup2 akak sakit hati.. bila bdk2 yg kecik ni nanes, OWANG TUA 2 duk nyalahkan cucu2nya sbb kaco acu dia.. mmg ler TERLEBIH BIJAK depa 2.. kata kita ni manjakan anak konon.. cara depa 2 bkn ke manjakan anak yg bongsu 2 jugak.. pelik le akak lina.. kita lbh suka tegur anak sendiri dr tegur anak owang.. ini depa back'up anak sendiri disalahkan budak2 yg umur 1-6 thn ni.. memang le pelik..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.