Advertisement

Main Ad

Menghadiri Jemputan Meraikan Pengantin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

[Baca Juga] : Jemputan Majlis Perkahwinan Wajib Hadir Atau Tidak

Ibu nak sambung cerita di hari majlis perkahwinan anak saudara ibu iaitu anak kepada sepupu ayah Aqil yang kami hadiri Ahad minggu lepas. Ikutkan pagi tu ibu dah badmood sikit. Sebab ibu kecewa ayah ambil gambar ibu OOTD depan rumah tak cantik. Muncung juga lah wife dia yang dah tua tapi perangai mengalahkan budak kecik ni. Sampaikan dalam kereta si budak Aqil cuba ambil hati ibu “Tak apa ibu gambar tu tak cantik tapi bagi saya ibu dah cukup cantik hari ni....” Amboi! Pandai juga kamu ambil hati ibu ye. Dari sisi ibu nampak ayah dah tersengeh-sengeh bila anak lelaki dia cakap macam tu. Ibu nak tergelak, tapi ibu tahankan saja masih nak merajuk lagi. Ada ayah kisah?!!!! Macam dulu-dulu, ayah cakap siapa suruh merajuk. Sendiri merajuk sendiri lah pujuk. Hahahahaha! 

Elok kami sampai rumah pengantin terserempak dengan dua orang adik ayah. Mereka pun baru sampai. Elok sangatlah tu tak adalah ibu rasa kekok sangat. Kami tak rancang pun nak datang serentak. Kebetulan waktu kami sampai, pengantin pun sedang berarak masuk untuk bersanding. Alhamdulillah! Kami sampai tepat pada masanya. 

Memandangkan perut ni dah berdondang sayang, usai bersalaman dengan tuan rumah ibu laju mengikut bontot ayah ke tempat mengambil makanan. Tadi sombong sangat nak merajuk konon akhirnya ikut juga bontot orang tu. Hahahaha! Banyak menu yang tuan rumah hidangkan. Ibu tak ambil pun gambar makanan. Memang ibu dah ingat dari dalam kereta nak ambil gambar menu-menu tu semua untuk upload dalam entry. Tapi disebabkan perut dah terlalu lapar ibu terlupa. Laju saja tangan mencapai pinggan dan terus beratur ambil nasi minyak. Lama sungguh tak makan nasi minyak kenduri. Sedapnya! 

Antara lauk yang ibu ambil ayam masak merah, daging masak hitam dan rendang ayam. Ibu rambang mata, itu pun ibu rasa dah cukup sebab ibu jenis yang tak pandai makan lauk banyak jenis. Ibu mencari jelatah tapi tak jumpa. Teruk sungguh rabun ibu ni. Ayah suruh pakai cermin mata tak mahu nak juga pakai contact lens. Gedik! Last-last jelatah ayah yang ibu cukai. Hahahaha! Denda sebab buat ibu merajuk masa nak datang tadi. Ngeheeee!

Kami makan duduk di meja hujung sebab tak nak duduk tempat yang agak sesak. Ayah dan Aqil jenis tak suka tempat yang sesak. Ibu tengok kebanyakan tetamu semua dah habis makan. Tapi biasalah bila namanya kenduri, waktu ni lah saudara-mara ramai berkumpul kan?! Kelibat ibu mertua ibu pun dah tak nampak. Mana pergi biras-biras ibu pun ibu tak tahu. Bila kami tiga beranak dapat tempat duduk barulah ibu nampak dari kejauhan kelibat mereka. Tengah berbaris mengambil makanan. Gelojohnya kami, boleh kami tinggalkan yang lain disebabkan nak cepat-cepat ambil makanan. ;)

Ibu gamit mereka panggil duduk semeja dengan kami. Ibu nampak mereka tercari-cari meja kosong. Kebanyakan meja masih penuh. Sebuah meja mestilah duduknya satu keluarga. Tak kan nak duduk asing-asing. Yang bestnya ibu tak perlu bangun banyak kali untuk ambil menu sampingan yang lain. Adik ipar ibu yang berdua tu yang bangun kejap-kejap untuk ambil makanan lain. Sedar tak sedar penuh menu atas meja kami. ;)

Usai makan, ibu ajak ayah masuk ke dalam rumah. Waktu tu pengantin sedang bersanding di pelamin yang dipasang luar rumah. Ibu nampak dalam rumah pun ada sebuah lagi pelamin simple. Rasanya itu pelamin waktu menikah ataupun majlis malam berinai hari sebelumnya. Tengok orang dalam rumah pun tak ramai. Yang bestnya rumah sepupu ayah ni rumah tanah lot jadi kawasannya agak luas. Sebelum masuk ibu minta izin dekat kakak kepada ibu pengantin Kak Azimah. Mana boleh main terjah je walaupun memang kami dah terbiasa dengan mereka. Adab tetap kita kena jaga.

Tak payah cakap lah kan kalau dah nampak tempat yang cantik untuk ibu bergambar. Terus ibu sengeh pandang ayah. Tolong lah ambilkan gambar ibu ni. Nasib baik dalam rumah tak ramai orang sangat memang kami saja dan anak-anak saudara kepada tuan rumah. Baik-baik semuanya. ;)

Dapat saja bergambar lupa diri sekejap. Ibu pula yang tak “behave” sedangkan anak bujang ibu elok saja duduk sopan dirumah orang. Malu ibu! Sedang ibu berposing dalam rumah dengar dari luar rumah suara biras-biras ibu. “Oooooo ada dekat sini rupanya..” Hahahahaha! Mereka cari ibu lah tu. Tak boleh lah kakak deme ni hilang sekejap. Owhhh antara semua biras yang ada hari tu ibu paling tua. Yang lain masih berumur 30an dan awek Acu masih lingkungan 20an. In shaa Allah! Ada rezeki lepas ni kenduri mereka berdua pula naik pelamin. Acu tengah kumpul duit lagi tu cincin bertunang dah intai-intai kan?! Hihihi!

Bila dah berkumpul menantu-menantu Chek Su, rumah tu dah macam rumah kami dibuatnya. Tak malu sungguh. Mak mertua ibu pun dah tak terkata apa. Biarlah mak duduk luar sembang dengan sedara-mara yang dekat luar. Hahahaha! Mak pegi lah sembang dengan mereka, segan pula kami nak join sembang bila semua buka cerita kenangan zaman atok opah dulu. Mana kami ada lagi zaman tu. Hihihihi!

Bila dah sakan bergambar dalam rumah ibu minta izin untuk balik. Ayah dah cakap awal-awal tak nak lepak lama sangat. Sebelum balik kami cari ibu dan bapa pengantin sekali lagi. Dapatlah bergambar kenangan dengan Kak Ida dan suaminya. Kami juga tak terus balik tanpa bergambar kenangan dengan si cantik manis pengantin perempuan. Alhamdulillah! Semoga kalian berdua berbahagian sampai ke Jannah. 


Terima kasih Kak Azimah diatas layanan yang sangat baik.
Kak Azimah marah sebab ibu tak datang waktu Majlis Nikah.
Maram-marah sayang gitu.
Hahahaha!


Baru ibu puas hati ayah ambil gambar cantik kali ni.
Hihihihi!
Jenuhlah ayah nak melayan.
Banyak songeh katanya.


Gambar tiga beranak wajib ada.
Terima kasih Acu tolong ambilkan gambar kami.


Gambar pengantin lama.
Ewahhhh!
Tadi bukan main lagi merajuk ye.


Sopan je anak manja ibu ni.
Dia dengan hal dia.
Asalkan hp ada ditangan.


Selfie dengan ayah bukan main lagi dia senyum.


Kalau ajak berselfie dengan ibu muncung boleh gantung hanger.


Sepupu Aqil Naim.
Cantik manis orangnya.
Baru umur 12 tahun dah nampak matang. ;)


My "Biras"
Ibu yang paling tua antara kami berempat.
Bulan depan nak masuk 41 tahun.
Huhuhuhu!
Yang selalu bawa ibu keluar me time yang free hair tu.
Ramai yang tegur cakap muka kami seiras.
Bukan muka je seiras tapi perangai kami pun lebih kurang sama.
Dua-dua lahir dalam bulan Januari lah katakan.


Ibu kepada pengantin perempuan.
Terima kasih Kak Ida atas jemputan.
Makanannya semua sedap-sedap.


Bapa kepada pengantin perempuan.
Segak bergaya memakai tanjak. ;)


Mana boleh tak bergambar kenangan dengan pasangan pengantin.
Sama cantik sama padan.
Bagai pinang dibelah dua.


Pengantin perempuan yang cantik manis orangnya.
Waktu kecil dulu main kejar-kejar setiap kali datang beraya rumah mertua ibu.


Sebelum balik bergambar kenangan dengan ibu mertua ku.
Mak mertua ibu yang duduk bertudung cokelat.
Yang berdiri tu pula adik kepada arwah Pak Mertua.
In shaa Allah! Ada rezeki kita jumpa lagi ya Mak Tam.
Baik orangnya.
Dia tak pernah anggap ibu ni anak saudara menantu.
Dia layan ibu sama macam anaknya juga
Mak Tam suka panggil ibu "Ina si kecik molek yang comel..."
Hahahahaha!
Macam budak kecil dibuatnya. ;)


Ini gambar yang buat ibu badmood pagi tu.
Ayah cakap cantik apa ayah tangkap.
Ibu je yang banyak songeh.
Hahahahaha!

Hari tu cuaca panas terik nasib baik tak hujan. Majlis berjalan lancar dan meriah. Sampai saja rumah ibu dah tak tahan sakit kepala. Risau juga takut si migrain tu datang menyerang semula.



 

Post a Comment

22 Comments

  1. cantik pose gmbr last tu!!!! anyway MZ pun suka attend wedding heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantek ye MZ?! Ha betul lah tu kata ayah Aqil yg ibu ni je banyak songeh.. Hahahaha! Betul MZ makan nasi kenduri ni feel dia lain macam kan.. ;)

      Delete
  2. hahaha...power la Aqil...ayat dia boleh cairkan hati emaknya..terbaik la gitu...oh ya jangan hairan lelaki bila sudah berusia sangat sukar untuk ada empati pada pasangan walaupun bukan semula...harap pasangan boleh relief sendiri dengan self reward dan me time hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe! Betul tu Mr Hanafi walaupun ayahnya macma tu tapi sebenarnya ada cara lain dia tau macam mana nak tackle balik hati wife dia ni.. Dengan tapau sebungkus teh ais kaw pun dah sejuk hati ni tambah dengan muka sengeh dia tu nak tergelak pun ada.. Hihihi! Ayat Aqil tu tak tau dari mana dia belajar dari ayah dia lah tu.. ;)

      Delete
  3. Cantikla gambar last tu, cun lagila baju tu memang cantik. Hehehehhe perempuan gitu lah, pantang sikit2 nak amboil gambar kalau tak cantik siapla suami kene bebel... Sebab biasa buat gitu jugak ngn papa Aiyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dana itu normal kot untuk yg macam kita ni. Memang selagi tak puas hati amik lah gambar tu berkali2. Sampai puas hati. Jenuh! ;)

      Delete
  4. Replies
    1. Alahai yunk.. Dah nak masuk 41 tahun dah bulan 1/2023 nanti.. Hihihihi! Bawah mata dah nampak kedutan halus dah.. ;)

      Delete
  5. Cantik la gambar last tu..cumanya kena belakang skit bagi nampak tinggi kan...takpe la Ibu...Ibu tetap cantik di mata SA...eh....hehehehe...namo la majuk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq SA syg.. Pandai juga ayah ambil gambar ibu pagi tu ye. Hihihi! Ibu ni yg banyak sangat songehnya.. Hahaha! Rajuk ibu tak lama selalu x lebih sejam pun.. Jenis cepat cair.. ;)

      Delete
  6. barakallahulaka utk mempelai... semoga berbahagia hgga ke syurga aminn

    saya rasa laa kan... kite org pompuan ni kalau x puas hati bla org lain ambilkan gmbr adalah berpunca dr cara kite senyum/ekspresi wajah. ya gmbr ok dah tp bla kite tgk pose dgn senyuman dlm gmbr tu mcm ada x kena. so otomatik kite rs gmbr tu x lawa... hehe ni pandangan sy je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabbb! Terima kasih atas doanya dek.. ;)

      Betul2 sebenarnya kedudukan ibu sendiri yang tak ok.. Posture yang tak cantek kedudukan kaki lepas tu ayah cakap masalah pencahayaan.. Jenuh dia nak cari sudut yang ok tp x dapat.. ;)

      Delete
  7. pandai nya hero pujuk kan..alahai..
    sweet je pic last tu...seronok bila gi kenduri, leh gather2 ngan sedara mara..meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah mummy pandai pula dia berkata2 manis potong kaki.. Hahahaha! Iye mummy sesekali dapat berkumpul dekat kenduri kawin rasa meriah.. ;)

      Delete
  8. Ibu, walau perut berdondang sayang, tapi gorgeousnya ibu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi! Lapar sangat masa sampai tu memang biarkan perut kosong pegi makan kenduri.. Hihihihi! Tq SR.. ;)

      Delete
  9. Cantik lah gambar ibu. Nampak tinggi. Tapi biasalah tak semua orang tahu apa yang kita betul-betul nak kan. Eh..saya pun ada kebaya kuning lebih kurang sama. Lama tak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sal.. Hihihihi! Sebenarnya ayah pandai je ambil gambar tambah gambar candid dia ambil cuma pagi tu mood ibu pun tak ok kot semua jadi serba tak kena.. ;) Ada juga ye kebaya kuning?! Ikutkan ibu takut nak pakai baju kaler camni.. Tapi tak sangka pula yg ini masuk dgn ibu.. ;)

      Delete
  10. Replies
    1. Itulah dah lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar makanan.. Hihihihi!

      Delete
  11. gedik ye ibu nak majuk bagai...
    anak-anak buah belah suami pun sorang2 menikah, masa memula ammi kawin dulu memasing masih selebet lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi sesekali Ammi majuk2 manja gitu.. ;) Tulah sama lah kita sorang2 anak buah naik pelamin.. Sedar2 nanti anak sendiri pula nak naik pelamin.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.