Advertisement

Main Ad

Tidak Boleh Tidur Malam Serta Puncanya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Tidak boleh tidur waktu malam ataupun susah untuk tidur malam. Siapa pernah alami masalah yang sama?! Ibu perasan setiap kali ibu banyak berfikir mesti ibu susah untuk lelapkan mata. Puas ibu pusing ke kiri dan ke kanan. Mata masih juga buntang tak boleh nak tidur sedangkan ayah dah lama lena dibuai mimpi indah. Siap dengan pakej berdengkur lagi. Hahaha! Kadang-kadang ibu cuba berimiginasi sampailah ibu terlelap dengan sendirinya. 

Kelmarin ibu tak dapat tidur. Memikirkan hari esoknya [semalam] adalah hari pertama ibu masuk kerja setelah bercuti hampir enam hari. Lemau! Ibu memang dah dapat agak, masuk saja pejabat bersusun menggunung fail-fail atas meja dan di belakang meja ibu. Bertabahlah! Agaknya itu juga salah satu punca ibu susah nak tidur malam tu.

Apakah diantara punca tidak boleh tidur malam?! Jom kita baca. Baca sampai habis tau. ;)

#1. Telefon
Sosial media dan e-mel boleh menyebabkan tekanan dan menyukarkan anda untuk tidur. Malah, apabila anda melihat telefon sebelum tidur, otak anda menganggap bahawa lampu dari telefon itu adalah cahaya pada waktu siang, jadi mengakibatkan badan anda tidak mengeluarkan melatonin dengan secukupnya – kimia yang membantu anda tidur. Kekurangan melatonin boleh menyebabkan anda insomnia. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mematikan/menutup segala alat peranti digital termasuk telefon pintar, komputer dan televisyen. Elakkan meletak telefon berhampiran katil terutama jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk memeriksa telefon dengan kerap.

#2. Waktu tidur

Mempunyai waktu tidur yang berbeza sepanjang minggu turut boleh menjadi punca kepada masalah kesukaran untuk tidur. Sebagai contoh, masuk tidur pada pukul 10 pada malam Selasa dan menjelang tengah malam pada malam Jumaat, boleh mengganggu jam dalam badan anda. Ini menyukarkan anda untuk tidur dan membuatkan anda tidak mahu bangun pada keesokan paginya. Anda mungkin tidak dapat atau sukar untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Tetapi, anda boleh untuk tidak terlalu menjarakkan waktu tidur lebih dari 30 hingga 45 minit, walaupun pada waktu hujung minggu.

#3. Kafein

Mengambil kafein pada lewat petang untuk mengembalikan tenaga mungkin merupakan salah satu manfaat kafein. Tetapi, kafein juga mempunyai keburukkan, ia menjejaskan keupayaan anda untuk menjejaki tempoh anda berjaga dan membuatkan anda berjaga lebih dari waktu yang sepatutnya. Sebaiknya, jarakkan tempoh minum kafein sekurang-kurangnya 5 jam sebelum waktu tidur dan sebaiknya lebih dari tempoh waktu tersebut jika anda sensitif terhadap kafein.

#4. Alkohol

Pengambilan alkohol secara berlebihan turut menjejaskan tidur anda. Sebaiknya ambil pada waktu petang atau sebaiknya beberapa jam sebelum tidur kerana ia dapat membantu anda untuk tidur lebih nyenyak. Tetapi, dalam masa yang sama ia mungkin menyebabkan anda sukar tidur. Alkohol merupakan diuretik yang boleh menyebabkan anda bangun lebih kerap pada tengah malam untuk ke bilik air. Mungkin anda boleh mengambil satu minuman sehari untuk individu wanita dan untuk lelaki, paling banyak yang boleh anda minum adalah dua minuman. Sebaiknya minum minuman beralkohol anda dua jam sebelum anda tidur.

#5. Tidak selesa

Katil yang tidak selesa juga turut boleh menjadi punca tidak boleh tidur. Selain itu, posisi tidur juga boleh menyebabkan anda tidak selesa dan sukar untuk tidur. Jika anda tidur bersama haiwan peliharaan, seperti kucing dan anjing, ia juga boleh menjadi antara punca anda terjaga ketika tidur walaupun anda tidak mengingatinya pada keesokan harinya. Tidur bersama pasangan dan pasangan anda mengambil ruang yang lebih luas dari anda turut boleh menjadi punca anda tidak memperolehi tidur yang berkualiti. Anda mungkin boleh memperbaiki masalah ini dengan menjauhkan haiwan peliharaan anda dari katil dan mungkin anda boleh mendapatkan katil dan tilam yang lebih luas untuk memberikan keselesaan kepada anda dan pasangan.

#6. Persekitaran tidur anda

Bilik yang terlalu cerah, atau pencahayaan yang tidak sesuai untuk tidur boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan melatonin yang sedikit yang akan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam. Begitu juga jika suhu dalam bilik anda terlalu panas atau terlalu sejuk, yang menyebabkan anda sukar untuk berasa selesa dan sukar tidur. Untuk menentukan pencahayaan yang sesuai mungkin agak sukar, kerana setiap individu adalah berbeza dan sama juga halnya berkaitan suhu. Apa yang boleh anda lakukan adalah anda mencuba tahap pencahayaan dan suhu yang berbeza untuk mendapatkan kesesuaian dengan anda.

#7. Tekanan

Apabila terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran, ia boleh menjadi punca untuk anda sukar tidur. Cuba elakkan untuk memikirkan hal yang boleh menyebabkan anda sukar tidur seperti hal berkaitan kerja. Tenangkan diri anda dengan mandi air suam, meregangkan badan dan mendengar muzik yang menenangkan.

#8. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal ringan sebelum tidur boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih baik. Tetapi, bersenam secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur dan memperolehi lebih banyak tenaga.

#9. Perubahan pada waktu

Perubahan yang terlalu kerap seperti perubahan waktu semasa disebabkan pertukaran tempat, zon masa juga boleh menjadi punca anda tidak boleh tidur walaupun anda keletihan. Ini kerana perubahan ini mengganggu waktu dalaman badan anda.

#10. Pengambilan ubatan tertentu

Penyebab tidak boleh tidur yang seterusnya adalah ubatan yang dibeli di farmasi, seperti ubat tahan sakit atau mengurangkan berat badan, mungkin boleh mendatangkan kesan sampingan kepada tidur anda.

Google

Lenanya dia tidur.
Seronok jadi bayi tak perlu nak banyak berfikir.
Jadi orang dewasa ni macam-macam yang bermain difikiran.

Jika masalah susah tidur malam ni berlarutan sampai berhari-hari. Seeloknya dapatkan nasihat doktor pakar supaya ia tak menjadi lebih teruk hingga menjejaskan aktiviti harian kita.

Post a Comment

16 Comments

  1. penah jga susah tido tp.biasa kalau ada benda terjadi dan terlalu memikirkannya
    alhamdulillah tak lama biasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bila terlalu banyak fikir tu yang jd masalah utk lena.

      Delete
  2. tak dpt tidur nanti badan lagi letih ibu..jangan difikirkan sangat ye ibu hal kerja
    saya setakat ni pantang jumpa bantal terlelap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha bestnya yunk.. Ibu dulu mcm tu juga pantang letak kepala tapi sejak dua menjak ni dia berbeza sikit..

      Delete
  3. kecuali no 4, yang lain2 semua dah rasa.... terseksa betul bila tak dpt tidur cukup. paling ketara, sakit kepala...

    lagi 1 bagi sy, antara perkara susah nk tidur adalah tukar bantal... hehehe... tp kalau badan dah letih, tukar bantal lain pun ttp lena jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kalau banyak fikir mmg akan kacau tidur ibu. Seolah fikiran ni tgh berdialog dgn ibu. Jenuh!

      Delete
  4. SA kalau penat sanagt susah tido...macam lepas majlis ni la..terlampau penat dah berapa hari rasa x puas tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah penat sgt pun sesetengah org susah nak lena kan?!

      Delete
  5. Saya selalu tak boleh tidur kalau esok tu saya kena bangun awal sebab takut tak terjaga. Kopi pun antara punca juga. Pukul 4 ke atas saya dah tak ambil kafein

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kalau minum kopi mmg buntang lah mata ni dibuatnya. ;)

      Delete
  6. Ammi biasanya kalau tidur diluar waktu (biasa tidur pkl 10 tp kalau tidur lepas waktu tidur) mmg payah nak tidur, pastu kalau dalam otak ni ligat dok fikir macam2...macamkan esok tak boleh nak fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Betul sgt Ammi sampaj ayah aqil ckp udah2 lah tu esok je sambung fikir.. Hihihi!

      Delete
  7. nak kena cari punca kenapa susah nak tidur dan tak lena.. penat bila tak cukup tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul ibu ni kalau terlebih fikir atau risau memang susah nak lena Sha.. Itu lah satu masalah ibu..

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.