Advertisement

Main Ad

Umur 40 Tapi Macam Budak Kecik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!
Umur dah 40 hanya tinggal sebulan saja lagi nak masuk ke 41.
Tapi perangai tetap macam budak kecik.
Ngeheeeee!
Ibu suka mengumpul.
Koleksi yang comel-comel ibu kumpul.
Tapi yang bestnya kebanyakkan darinya bukan ibu yang beli.
Semua hasil pemberian adik-adik di office ibu ni.
Ada juga diantaranya pemberian dari mereka yang dah bertukar.
Dulu jadi barang hiasan di meja mereka jadi bila mereka bertukar mereka hadiahkan pada ibu.
Untuk dijadikan kenang-kenangan. ;)
Ibu tak tahu kenapa.
Pada ibu setiap pemberian mereka itu punya nilai sentimental tersendiri.
Ibu sayang setiap barang yang dihadiahkan pada ibu.
Sekecil-kecil pemberian walaupun ianya barang percuma yang mereka dapat.
Ibu tetap hargai dah simpan buat kenangan.


Inilah antara koleksi ibu.
Hadiah dari mereka.
Comelkan?!
Bagi orang lain mungkin semak.
Tapi bagi ibu fail-fail yang menimbun tu lagi semak dipandang mata.
Sekurang-kurangnya bila tengok benda comel macam ni.
Ibu happy. ;)


Tadi koleksi atas kabinet sebelah meja ibu.
Yang ini pula koleksi atas meja ibu.
Owhhh jangan pelik kenapa meja ibu tak ada PC.
Sebab kerja ibu tak menggunakan PC lebih kepada manual.


Alhamdulillah!
Untuk hari ini fail yang masuk tak banyak.
Fail-fail semalam semua ibu dah selesaikan tadi.
Syukur!
Baru rasa lapang pandangan mata ibu ni.

Bekerja mengikut keselesaan kita. Bukan ikut keselesaan orang lain. Ada juga yang cakap tempat ibu ni dah macam Nursery. Hahahaha!

Post a Comment

24 Comments

  1. ibu kena selalu beli happy meal McD la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik-adik dekat office tu memang suka sangat beli Happy Meal lepas tu dapat mainan deme bagi pada ibu. Makanan deme belasah. ;)

      Delete
  2. Hye Ibu.. Sha singgah sini..
    wah comel-comel semuanya.. Sejuk mata memandang..
    Suka nota si jari runcing ibu tu..

    ReplyDelete
  3. orang pompuan takpe..tak nampak budak pun.. nampak comel dan manja giteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi suka pulak ibu mengumpul koleksi toy comel2 mcm tu. ;)

      Delete
  4. Adakah krn ada byk toy tu semua terus kena cop nurseri? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak deme kata tempat ibu tu dh mcm duduk dekat Nursery. ;)

      Delete
  5. semuanya cute2 tuuuu
    tq sbb selalu singgah and drop comment kat my lil blog tu (tu mcm my online diary pun sebenarnya heheeh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq to mama juga sudi singgah sini dah tinggalkan komen. ;)

      Delete
  6. Replies
    1. Hahahahaha comel kan?! Suka ibu tengok.. ;)

      Delete
    2. tp ms dia pindah meja, terseksa jg sy tgk dia nk mengemas. sbb dia teratur. letak elok2. lepas tu susun baik2. dia punya btg2 mcm ni je dah penuh sekotak hehehe nk tlg dia tak kasi ;-)

      Delete
    3. Iye betul memang bila nak pindah meja tu seksa sikit lah.. Ibu rasa nanti kalaulah ibu kena pindah meja buat kerja lain tak merasa dah ibu nak ada meja berhias macam ni yunk.. Hihihi!

      Delete
  7. Dulu rajin kumpul tapi dulu kalau AIyan datang pejabat dia akan rembat mainan tu . Lepas tu lama dah tak simpan lagi heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi habis dirembat Alyan ye. Hihihihihi Ini pun sebab adik-adik dekat pejabat tu rajin bagi. ;)

      Delete
  8. Ibu mesti rajin mengemas. Saya pulak terbalik, kalau boleh pen pun simpan dalam drawer, nak ada pc je atas meja. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Sal ibu ada mood. Cuma ibu suka tengok gadget comel2 macam ni atas meja. Hihihihi!

      Delete
  9. Age is just a number bebeh. Hahahaha. Kalau table kite sebelah2, mau kerap aku bagi toys happy meal kat ko. Anak2 aku order happy meal tapi toys sampai sudah x keluar dari plastik. Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah nape ko jauh dari aku babe. Kalau idok kita mesti ngam duduk berdua sebelah2 kan?! Hihihihihi!

      Delete
  10. age is just a number gitu....mujur ammi tak minat dengan benda2 gini dari dulu lagi..toys, bear semua bukan minat ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi dulu masa bujang bersepah ibu bear kiri kanan sampai emak ibu tegur kamu je lah tidur bawah kak long biar benda2 tu tidur atas katil. Hahahahaha!

      Delete
  11. Cuya suka juga mainan2 gini...tapi tak kumpul , kalau beli mainan sekrg belikan untuk anak buah Cuya je...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi ibu pun ehsan kawan2 yang bagi yunk. Nak harapkan ibu Happy Meal pun ibu x pernah beli. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.