Advertisement

Main Ad

Raya Kedua Berjalan Ke Kuala Kangsar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Cerita raya kedua CNY kami, ibu pun nak berjalan raya juga. Huhuhu! Emak dah ajak kami ke Kuala Kangsar dari minggu lepas sebelum cuti CNY lagi. Nak cari sarung bantal katanya. Aiyoooo! Sampai ke Kuala Kangsar peginya. Emak tanya kami ada apa-apa plan tak cuti CNY nanti. Ibu cakap tak ada plan apapun sebabnya ayah malas nak hadap jeam. Tapi bila dipujuk emak mertua, maka cair lah hati si menantu. Menantu kesayangan lah katakan. Menantu lelaki tunggal pula tu. Hahahaha! Ibu tak cakap banyak hanya mampu sengeh saja tengok ayah serba salah nak tolak ajakan emak. Ngeheeeee!

Awal pagi kami dah bertolak ke Kuala Kangsar. Ayah cakap kita pegi sarapan dulu di Restoran SH Saleem Jalan Kuala, jadi tak perlulah nak singgah R&R untuk isi perut. Selesai makan kami terus gerak ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah! Tak adalah jeam sangat dan kereta pun tak banyak. Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar mengambil masa dalam sejam untuk sampai. Ayah bawa kereta santai-santai saja tak ada nak pecut sangat pun. Emak cakap sampai awal nanti kedai jual sarung bantal tu pun tak buka lagi. Emak memang suka cari sarung bantal disitu sebab selain sarung bantal, kedai tu juga ada jual bantal dan tilam kekabu. Set untuk baby pun ada untuk dibuat hadiah atau kegunaan sendiri. Silap ibu sebab dah sampai kedai terlupa nak ambil gambar.

Kedai bantal tu betul-betul letaknya di Lembah Kuala Kangsar. Boleh search dimana letaknya kawasan Lembah Kuala Kangsar. Disitu banyak kedai-kedai makan dan kedai menjual barang kraftangan dan alatan memancing. Disitu juga ada Arena Square Kuala Kangsar, tempat yang selalu diadakan Expo. Kebetulan waktu kami sampai ada pasar pagi di situ. Dapatlah ayah cuci mata tengok ikan air tawar segar yang baru naik dari sungai. Bukan setakat cuci mata saja, disambarnya dua ekor ikan Tenggalan. Nak buat ikan bakar katanya dan seekor dah selamat jadi ikan bakar pun semalam. ;)

Selesai emak membeli-belah ingatkan nak terus mencari nasi. Tengok jam masih terlalu awal untuk makan nasi. Sarapan pagi pun masih belum turun ke perut. Ibu cadangkan ayah bawa kami pusing-pusing kawasan Masjib Ubudian, Istana Kenangan dan Istana Iskandariah.

Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. Binaannya sangat cantik dah berdiri megah di atas bukit. Dari kejauhan sudah boleh nampak kubahnya yang berwarna kuning keemasan. Memang sesuailah dengan gelarannya Masjid Diraja Ubudiah. Jangan tak tahu waktu kami mengerjakan Umrah dulu, gambar Masjid Ubudiah menjadi salah satu gambar yang dijadikan hiasan di dinding hotel di Mekah. Ibu tak lepaskan peluang bergambar sebagai kenangan. Nama saja orang Ipoh tapi nak berjalan ke Kuala Kangsar pun tak tahulah berapa tahun sekali. ;)

Selesai bergambar ayah terus bawa pusing keliling kawasan Bukit Chandan. Kami sampai di Istana Kenangan yang berwarna kuning. Unik binaannya dan punya sejarah tersendiri. Sekarang ia lebih dikenali sebagai Muzian Diraja Kuala Kangsar. Ada cerita disebalik tersergam indah Istana Kenangan ini. Boleh search di Google. Ibu malas nak copy paste nanti Google Adsense ibu bermasalah lagi. Berkali-kali ibu cuba masih juga tak berjaya melepasi tapisan. Hahahaha! Binaan Istana Kenangan juga sangat cantik dan unik. Ibu suka dengan warnanya serba kuning. ;)

Akhir sekali ayah bawa pusing sekitar kawasan Istana Iskandariah pula. Istana rasmi tempat bersemayam Raja-Raja pemerintah yang ditabal menjadi Sultan Perak sejak tahun 1933 dulu. Ia terletak di Bukit Chandan di tepi kanan Sungai Perak. Boleh juga search tentangnya di Google. Merasalah ibu berangan ala-ala pelancong bergambar depan pagar Istana. Ayah pun layankan saja ibu bergambar. Budak Aqil tak minat nak bergambar, awal-awal dia dah bagitau saya duduk dalam kereta temankan opah. ;)

Selesai bergambar di ketiga-tiga tempat tu ibu tengok jam dah hampir pukul 12 tengahari. Elok sangatlah pegi cari nasi sebelum perut ibu masuk angin. Nanti tak pasal-pasal datang pula penyakit gastrik. Kami terus ke Lembah Kuala Kangsar semula, misi mencari ikan bakar. Selesai makan kami tak larat nak berjalan lagi dah. Masing-masing dah kekenyangan. Dalam fikiran terbayang bantal dan tilam dekat rumah memanggil-manggil. Nasib sepanjang perjalanan balik ibu tak terlelap. Kalau tidak kesian ayah terpaksa memandu sendirian. Risau juga takut ayah pun mengantuk sama. Sepanjang perjalanan balik mulut ibu tak berenti ajak ayah bersembang. Mujur dapat isteri yang hobinya memang suka bercakap kan?! Hahahaha!

Elok sampai rumah si budak Aqil dah cakap awal-awal. Malam tu dia nak tidur rumah opah. Tak nak balik rumah. Mengada-ngada kan?! Ada rumah sendiri nak tidur rumah opah. Cuti sekolah saya nak balik kampung katanya. Kampung apa kalau dah jauhnya cuma sekangkang kera. Hishhhhh!


Sebelum ke Kuala Kangsar singgah sarapan dulu.
Bagi emak rasa Tosai garing kegemaran ibu.
Emah cakap "Sedap!" ;)


Alhamdulillah!
Perjalanan kami lancar tak ada jeam.
Kereta pun tak banyak.


Kedai yang emak nak pegi sangat.
Semata-mata nak beli sarung bantal saja.
Layan saja asalkan emak happy. ;)


Lepas dapat barang yang emak nak.
Dia ajak cuci mata di sini pula.
Arena Square Kuala Kangsar.
Kebetulan ada Expo jualan sedang berlansung.


Cuci mata saja.
Tak membeli apapun.


Mana-mana Expo sama saja barang yang dijual.
Tak payah pegi jauh-jauh dekat Ipoh pun ada. ;)


Kalau ibu kecil-kecil dulu pantang bila dibawa ke tempat macam ni.
Mula ler meminta macam-macam. ;)


Ibu tengok saja tak rasa nak membeli pun.
Dah lama ibu tak beli kain pasang.
Ibu lebih banyak beli baju yang readymade saja.
Malas nak hantar tempah.


Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.
Selesai cuci mata kami pusing kawasan Bukit Chandan pula.
Bergambar ala-ala pelancong di depan Masjid Ubudiah. 
Cantik dan tersergam indah.


Kubah berwarna kuning keemasan yang menjadi mercu tandanya.
Dari jauh dah boleh nampak. ;)


Ibu paksa budak Aqil turun kereta bergambar.
Monyok saja muka dia.
Susah betul nak diajak bergambar sekarang ni. ;(


Istana Kenangan Kuala Kangsar
Jadilah ada juga satu gambar kenangan di sini.
Cantik kan binaannya?!
Kuning menjadi warna pilihan.
Warna Diraja. ;)


Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Bergambar di hadapan pagar Istana Iskandariah.
Nak juga merasa bergambar depan pagar Istana kome.
Ngeheeeee!


Ini pula pagar belakang.
Baik pula mood ayah ajak bergambar disini.
Ikutkan waktu ni cuaca dah mula panas terik.


Nampak ibu kecil disitu.
Pandai ayah kecilkan ibu dalam gambar.
Hahahaha!


Lepas penat bergambar kami terus ke Lembang Kuala Kangsar semula.
Mencari nasi campur dan ikan bakar.
Banyak gerai makan disitu.
Pilih saja kedai yang mana suka.


Banyak pilihan ikan bakar yang ada.
Cuma yang tak bestnya cicah asam dia tak berapa sedap.
Ayah cakap ibu buat lagi sedap.
Iskkkkk! 
Komplen pula dia.


Kami tak balik dengan tangan kosong.
Dah sampai Kuala Kangsar rugilah kalau tak bungkus Laksa Kuala kan?!
Siap jual bungkus untuk tiga atau empat orang makan.
RM10 harga sebungkus.
Tamat sudah jenjalan raya kedua CNY kami.
Terima kasih sudi baca sampai akhir. ;)

Hari ni semua dah mula bekerja kan?! Ibu masih sambung cuti lagi. Rutin bulanan transfusi darah ibu. Doakan semuanya berjalan lancar ye kengkawan. ;)

Post a Comment

20 Comments

  1. auww my hometown. Dekat lembah tu ada popia Omar yang maha sedap! Haha

    ReplyDelete
  2. Cantik Masjid Ubudiah & Istana Kenangan. Sambil layan keinginan emak, dapat jugak jalan-jalan Kuala Kangsar kan..

    Moga dipermudahkan Allah urusan IbuAqil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sis. Kubahnya cantik kuning keemasan. ;)

      Delete
  3. antara tempat yg dah lamaaaaaa nak pegi tapi tak pegi2 juga hahahah asik2 g ipoh. mcm kat perak tu cuma ada ipoh je hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi! Anies kena turun jgk ke Kuala Kangsar ni nanti. ;)

      Delete
  4. seronok dia jln2 raya...cantik masjid tu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah besar pahala gembirakan hati emak:)
    Borong sakanlah agaknya emak ibu di kedai tu ye? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Emak happy sangat. Memang dia borong setiap kedai dia singgah. ;)

      Delete
  6. Cantik kan masjid ubudiyah tu .
    Salah satu tempat yg teringin sangat nak pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat. In shaa Allah! Ada rezeki nanti turun Kuala Kangsar.

      Delete
  7. Both istana dan masjid tu cantik sangat. Tak sampai2 lg ke Kuala ni. Teringin juga nak merasa masakan orang sana

    ReplyDelete
  8. seronoknya tgk u jln2 cuti CNY--i mereput jer kat umah sbb my zharfan nak study utk spm ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi sehari ni baru dpt berjalan MZ itupun lepas semalaman sebelum tu menanggung sakit kepala migrain. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.