Advertisement

Main Ad

Aqil Semakin Tinggi

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ni minggu akhir ujian akhir tahun untuk Aqil bagi sesi persekolahan tahun 2024.
Tahun depan tahun akhir Aqil di Sekolah Menengah.
Aqil dah nak masuk ke Tingkatan 5 tahun SPM.
Tapi dia boleh relaks santai yang risau ibu dia ni.
Setiap hari membebel ingatkan dia ulangkaji.
Jangan asyik dengan hp saja.
Sampai ibu dah tak tahu nak tegur macam mana lagi.
Bila dia jawab zaman dia sekarang kalau belajar kadang melalui hp.
Search video2 dari Youtube katanya disamping latihan dalam buku,
 Budak Generasi Z agaknya memang lain macam sikit corak pemikiran mereka.
Ibupun tak larat lagi dah nak membebel Aqil pun bukan budak kecil.
Masuk alam remaja bukan untuk dibentak2.
Sejenis dia suka buat last minit.
Pulun ulangkaji pun last2 minit.
Tak kisah lah Aqil asalkan keputusan tu nanti meningkat dari ujian sebelum ni.
Ibu pernah ajak Aqil bersembang tentang arah tuju dia selepas SPM.
Saja ibu nak tahu dia dah ada target tak.
Sebab selalunya budak perempuan ni lebih matang fikiran mereka.
Budak lelaki ni nampak macam suka main2.
Aqil cakap dia nak masuk Tingkatan 6.
Maknanya dia nak ambil STPM.
Ibu tanya kenapa tak nak mintak U?!
Katanya saya cuba juga isi nanti tapi saya rasa nak masuk Tingkatan 6.
Saya tak nak jauh dari ibu lagi.
Alahai!
Aqil jangan jadikan ibu sebagai alasan untuk jadi penghalang Aqil merantau.
Ibu tahu Aqil susah hati risaukan penyakit ibu.
Ibu tahu setiap kali hari ibu rawatan transfusi darah Aqil risaukan ibu.
Bila ibu tidur lena keletihan seharian di hospital Aqil akan jaga ibu.
Ibu sakit lenguh badan Aqil picit ibu.
Aqil risau ibu tiba2 jatuh sakit.
Ibu selalu pesan pada Aqil yang Allah akan jaga kita.
Jadi Aqil tak perlu risau.
Teruskan saja langkah Aqil.
Jangan bimbangkan keadaan kesihatan ibu.
Ibu Aqil kan kuat. ;)
Tapi dia tetap dengan pendirian dia nak masuk Tingkatan 6.
Sekolah mana pun dia dah survey.
Hurmmmmmm!
Tak apa ada masa setahun lagi.


Semakin tinggi anak bujang ibu.
Ibu ni dah takat bahu dia saja.
Kemetot katanya.
Hampeh!

Tak kisahlah Aqil nak masuk U ke nak terus ke Tingkatan 6 ke. Yang penting Aqil masih berminat untuk sambung belajar. Ibu cuma minta Aqil gandakan lagi usaha sebab bukan mudah untuk berjaya masuk ke Tingkatan 6.

Post a Comment

10 Comments

  1. tinggi betul aqil! all the best tau utk exam

    ReplyDelete
  2. Tingginya Aqil ya.....dulu masa kecik2 kita yang tinggi daripada dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sekarang ibu nak sembang dgn dia kalau berdiri tu kena melangut Hahahaha

      Delete
  3. Memang jauh lagi tinggi ni... main basket ball tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqil kurang sikit unkel bab bersukan ni dia main bola jer itu pun saja suka2

      Delete
  4. Alaaaa...ibu buat kita sebak sebek memalam ni tau.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.