Advertisement

Main Ad

Rindu Zaman 80an dan 90an

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Siapa pernah rasa rindu dengan zaman 80an dan 90an?!
Kadang2 ibu rasa terlalu rindu dengan 2 zaman yang dah lama tinggalkan kita.
Zaman 80an dan 90an.
Waktu ibu sekolah rendah hingga ke alam remaja.
Baru2 ni ibu tengok satu drama Korea Reply 1988.
Drama lama tapi ibu suka tengok berulang2.
Kisah mereka flashback ke zaman remaja tahun 80an dan awal 90an.
Zaman Millenium kata orang.
Bila tengok barang2 yang ada dalam filem tu terus ibu teringat waktu sekolah dulu.
Zaman pusing keliling taman dengan kawan2 naik basikal tua.
Zaman bergayut dekat telefon awam.
Zaman lepas beli makanan dekat pasar malam pegi melepak tengah padang dalam kawasan taman.
Masa tu semuanya dalam keadaan selamat.
Tak banyak kes macam zaman sekarang.
Sekarang ni anak hilang sekejap pun kita dah risau tak tentu hala dibuatnya.
Zaman main Cyber Pet konon2 bela haiwan Cyber cukup masa bagi makan cuci berak dia.
Waktu tu kalau ada Cyber Pet dah kira gempak sangatlah tu.
Hahahahahaha!
Bila nak tidur dengar Walkman layan lagu best2.
Masa tu kumpul duit belanja nak beli kaset cover dia siap ada lirik lagi.
Mana pegi kaset2 tu semua ntah lah.
Itu belum lagi pilih senarai lagu best2 pegi hantar kedai untuk rekod semula.
Hahahahahaha!
Zaman baca majalah Gila-Gila atau Ujang.
Komik pula yang paling ibu suka kumpul komik Doraemon.
Dulu duit belanja sekolah yang paling banyak ibu dapat waktu dah masuk Sekolah Menengah.
RM1 duit syiling emas.
Huishhhhhh!
Dia punya seronok dapat duit syiling tu dah macam dapat emas betul.
Besar nilai RM1 waktu zaman tu.
Bila dikenang2 masa tu seolah2 macam tak ada banyak beban dalam kepala ni.
Ibu rasa zaman tu ibu hanya tahu nak berseronok saja.
Tak pernah jangka bila dah masuk ke alam dewasa rupanya hidup ini keras sebenarnya.
Mungkin waktu itu ibu bapa kita rasa apa yang kita rasakan sekarang.
Tanggungjawab yang lebih besar.
Amanah yang lebih berat.
Sekarang bila mereka dah meningkat ke usia emas.
Mereka tenang2 saja melayari hari2 di hujung usia mereka.
Besar pengorbanan mereka sewaktu membesarkan kita.
Hinggalah kita mampu berdiri di atas kaki kita sendiri.
Baru ibu faham sekarang apa rasanya bila hujung2 bulan nak menunggu gaji.
Dulu ibu tanya pada mereka "Mak abah gaji bila?!".
Sekarang ni budak Aqil pula tanya "Ibu ayah gaji bila?!"
Hihihihihi!
Adalah tu benda yang dia nak. ;)


Walkman peneman setiap malam.
Tapi ibu punya Walkman lawa lagi dari yang ini.
Hahahaha!


Cyber Pet
Dulu2 bela haiwan pakai benda ni saja.
Hahahaha!


Ini satu lagi benda yang penting dalam kehidupan seharian ibu.
Siap bodek emak abah suruh pegi sewa tape dekat kedai.
Lepas tu beli tape kosong rekod cerita2 best dalam tv.


Telefon rumah yang agak rare.
Ibu kalau dapat telefon ni dulu buat main pusing2 nombor dia.
Sampailah jahanam lepas tu kena jerit dengan emak.
Muahahahaha!


Tv ni dulu nak ubah siaran dia ibu guna kaki saja.
Kah! Kah! Kah! Kah!
Tapi kalau silap haribulan dia terjatuh hempap kaki kome boleh patah tau tak.
Berat nak mampos!


Radio yang boleh rekod lagu2 best waktu tu.
Rekod! Pause! Rekod! Pause!
Itu sajalah kerja ibu.


Antara telefon yang pernah jadi saksi.
Macam mana seorang manusia boleh bertukar menjadi seperti beruk.
Bergayut berjam2.
Kih! Kih! Kih! Kih!


Basikal ni laju tau.
Ibu paling suka duduk bonceng di belakang.
Kawan ibu badannya lebih besar dari ibu.
Jadi dialah yang bawa.
Kalau ibu yang bawa alamat tak bergeraklah jawabnya.
Basikal ini juga jadi saksi yang kami pernah jatuh longkang bersama-sama.

Credit Picca Dari Pakcik Google

Zaman yang lama kita tinggalkan namun sentiasa terpahat dalam ingatan. Rindu zaman itu. Zaman yang telah berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Zaman anak Millenium seperti ibu.

Post a Comment

19 Comments

  1. memang rindu jugak zmn2 dahulu..kiranya part of our life phases..indah utk dikenang...but i love my life now...and indeed looking back down memory lane memang nostalgic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgia yang sentiasa dikenang selamanya. Alhamdulillah dgn kehidupan skrg semakin hari menyimpan banyak memori indah.

      Delete
  2. Sayapun sempat merasakan kak 😁, dulu kalau pergi main...orang tua gak khawatir anaknya belum pulang, yg penting minta izin...kalo sekarang tiap saat harus di telfon hihi...dulu mendengar lagi lewat radio, belum ada YouTube..tapi semua berkesan..rindu masa itu

    ReplyDelete
  3. mengenang kisah lalu ke ibu? ihikkks hai ibuuuuuu!

    ReplyDelete
  4. Aduh.....rindunya zaman kanak kanak dan remaja...posting ni mengahnyutkan saya dalam nostalgia la...

    ReplyDelete
  5. Hahhaa... Cyberpet tu lejen tu....
    Haha... Gila-Gila dengan Ujang memang top dulu

    ReplyDelete
  6. tamagochi adalah kenangan di masa kecil
    gimana kita beli buat melihara binatang dalam sebuah gadget bulet kecil

    ReplyDelete
  7. Cyberpet tu je yang xde...x pernah beli...semua kenangan zaman 80an -90an tetap dalam ingatan dan paling best...

    ReplyDelete
  8. Betul ibu, masa kecik dulu rasa nak cepat besar. Nak kerja beli macam² bila tengok Abg kakak bergaya tapi realitinya jadi budak² lagi best. Tak yah fikir nak cari duit haha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul tu PH masa tu x payah nak banyak fikir nak main jer tau nya

      Delete
  9. Saya ada walkman Sony warna merah. Time tu belajar kat asrama di Sekolah Menengah.

    ReplyDelete
  10. Ammi tak pernah bela binatang kat cyberpet tu. Yang lain-lain tu yeeee...kita enjoy buat apa kita nak buat dulu. Lepas maghrib baru keluar rumah nak gi pasar malam pun macam mak ayah tak risau nak lepaskan

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.