Advertisement

Main Ad

Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 5

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Makin panjang episod perjalanan Skoliosis budak Aqil. Ini baru permulaan bagi rawatan pemulihannya. Ada masa lebih kurang 3 tahun lagi perjuangan Aqil selagi proses tumbesaran dia belum berhenti. Kata doktor Rehabilitasi hari tu Aqil masih boleh tinggi lagi. Jadi sepanjang proses pembentukan tulang dia tu Aqil perlu teruskan rawatan susulan dengan pakar Rehabilitasi dan Otopedik. 

[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis 2
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis 3
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis 4

Dalam entry sebelum ni, ibu ada ceritakan yang Aqil perlu memakai Brace bagi membantu menyokong pembentukan tulang belakangnya supaya tahap bengkok tulang belakang Aqil tidak semakin teruk. Sebelum ni tahap bengkok tulang belakang Aqil sebanyak 25 darjah. Itu yang buat ibu risau sebab pada awal Skoliosis Aqil dikesan bulan 11/2022 yang lepas tahapnya 15 darjah. Ibu rasa cepat sangat merosotnya tahap bengkok tulang tersebut. Mungkin disebabkan rutin dan postur badan Aqil yang suka mengbongkokkan badan setiap kali duduk dan berjalan. Malah waktu tidur pun Aqil suka tidur dalam posis membongkok kan badannya sambil peluk bantal. Kata doktor ia satu keadaan dan kebiasaan yang tak elok untuk merka yang ada masalah Skoliosis. 

Pada 19/5/2023 lepas, siaplah Brace budak Aqil dan bermulalah perjalanan hidup Aqil bersama dengan Brace yang menjadi teman setia Aqil. Nasihat doktor Brace tersebut perlu dipakai selama 23 jam sehari. Hanya tanggal waktu untuk mandi dan solat sahaja. Bayangkan Aqil ke sekolah dengan Brace dan tidur pun dengan Brace

Hari pertama Aqil pakai Brace ke sekolah pada esoknya dia demam. Langsung cuti tak ke sekolah. Nasib baik demamnya hanya sehari saja. Agaknya badan dia terkejut dengan keadaan cuaca pun panas terik. Memang tak selesa dibuatnya. Kesian Aqil! Malam pula tidur dengan Brace yang melekat di badan, memang tak selesa lah dibuatnya. Dua tiga hari juga dia tak dapat tidur lena. Bukan dia saja ibu pun sama sekejap bangun pegi jenguk dia. Waktu ni ibu tak tahu perasaan apa yang boleh ibu gambarkan. Depan dia ibu menahan air mata. Aqil tak boleh tengok ibu menangis. Ibu harus kuat barulah Aqil akan kuat. Ibu tak boleh sedih depan Aqil. Kalau menangis depan ayah tak apa. Ayah lah yang menjadi tempat ibu melepaskan semua air mata ibu. Huhu!

Pada 1/6/2023 ada rawatan susulan Aqil lagi, doktor Rehabilitasi nak tengok keputusan Xray tulang belakang Aqil setelah hampir 2 minggu dia memakai Brace. Alhamdulillah! Doktor gembira dengan perkembangan positif Aqil, ibu lagi lah gembira. Senyum sampai ke telinga dibuatnya.

Kata doktor keputusan Xray Aqil sangat bagus, doktor ambil dua Xray. Satu Xray Aqil memakai Brace dan satu lagi tanpa memakai Brace. Keputusan Xray tahap bengkok tulang belakang Aqil jika memakai Brace sebanyak 18 darjah. Manakala tahap Xray tanpa memakai Brace sebayak 23 darjah. Satu perkembangan yang bagus kata doktor. Doktor puji Aqil kerana Aqil konsisten memakai Brace selama 23 jam sehari. Sesetengah pesakit mereka tak mampu nak pakai selama 23 jam sehari ada yang culas juga.

7/6/2023 nanti temujanji dengan pakar Otopedik pula. Mereka nak tengok keputusan Xray yang sama. Ibu harap Aqil kuat semangat dan jangan sesekali rasa rendah diri dengan keadaan Aqil. Skoliosis bukan kecacatan. Itu yang pernah doktor Otopedik cakap mula-mula rawatan dulu. Aqil masih ingat lagi kan?! ;)


19/5/2023 hari pertama Aqil memakai Brace.
Orang yang pertama menangis adalah opah.
Tersedu sedan emak menangis tengok keadaan cucu dia.
Ibu pun nak menangis tapi bila tengok emak menangis.
Terus tak jadi ibu nak menangis.
Huhuhu!


Waktu ni dia kekok lagi.
Jalan pun dah macam robot.
Hihihi!


Tapi dia tetap tersenyum.
Ibu tahu Aqil senyum sebab nak sedapkan hati ibu kan?!
Sebab Aqil tahu ibu sedih sebenarnya.
Bila Aqil senyum terubat sikit kesedihan di hati ibu ni. ;,)


Game tetap ON!
Main game tak habis.
Huh!


1/6/2023 setelah 2 minggu Aqil memakai Brace.
Boleh nampak perkembangannya disitu.
Semakin lama semakin longgar.
Kalau mula-mula dulu hanya boleh tarik hingga penanda aras yang pertama.
Sekarang dah boleh tarik hingga ke aras kedua.
Dia pun semakin selesa tak ada rasa sakit tekanan pada tulang seperti waktu pertama kali pakai.
Katanya rasa sakit sikit bila Brace menekan tulang pinggulnya.
Agaknya itu yang sampai demam tu.


Setelah 2 minggu pemakaian Brace doktor kata perkembangan tulang Aqil bagus.
Alhamdulillah!
Syukur Ya Allah!

Terima kasih kengkawan yang setia mengikuti perjalanan Skoliosis Aqil dari awal. Doa dari kalian Allah swt makbulkan. Ibu mohon terus mendoakan yang baik-baik untuk budak Aqil ye kengkawan. Ibu sangat- sangat menghargai doa dari kalian semua. ;) Update : Temujanji susulan Aqil dengan Unit Rehabilitasi pada 7/12/2023


Post a Comment

18 Comments

  1. good job aqil👍👍👍 allahumma yassir wala tu'assir.

    andaikata tubuh aqil berisi dlm tempoh 3 thn ni, brace tu kena tukar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kakak Anies.. Hihihi! Aamiin! Company yang buat Brace ni akan repair itu yang bulan 12 nanti ada temujanji dengan Rehabilitasi mereka dah pesan kalau ada perubahan atau rasa tak selesa waktu pakai Brace tu diorang suruh awalkan temujanji dengan Rehab.. ;) Tapi budak Aqil ni dia macam menurun ibu susah nak berisi.. Ibu baru sekarang ni berisi sikit waktu musim Covid 2020 dulu berat ibu pernah capai 37kg je Anies.. Huk! Huk! Huk!

      Delete
    2. lamanyaaaa nak tunggu bulan 12...

      37????? meh sini amik lelemak sy ni😁😁

      Delete
    3. Aah lama bulan 12 dia bagi next appoitment tapi kata doktor kalau bila2 rasa tak selesa atau nak tukar appoitment boleh set lain call saja. Esok appoitment Aqil dengan Otopedik pula. Hahahaha! Sekarang dah 47kg tak turun2 lagi dah.. Turun pun sekejap sekilo lepas tu naik balik sekilo.

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan perawatan Aqil sehingga sembuh

    ReplyDelete
  3. Body pun ada braces kan? InsyaAllah... uang penting usaha jangan putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye uncle.. Ingatkan gigi saja yg ada brace hihihi.. In syaa Allah uncle budak Aqil kuat semangat.. ;)

      Delete
  4. Nak tanya braces ni pakai kt luar ke kat dalam baju ibu? Kalau aktiviti sukan boleh join x dgn braces ni? Kesian nengok dak aqil.. tp xpe demi kesembuhan tahan sikit ye abg.. abg aqil kuat 💪🏻 semoga dipermudah urusan rawatan dlm 3 thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh alas dengan baju kak mim. Kalau pegi sekolah dia akan pakai inner dulu sblm brace lepas tu baru sarung baju sekolah. Cabaran untuk dia tiap kali ke sekolah lah. Suka dia kena buka brace dan sarung blk selepas selesai aktiviti. Cerewet sikit lah jadinya. Ibu ada tulis surat pada sekolah up cikgu kelas dia maklumkan masalah Aqil. Kak Mim doakan Aqil ye. In syaa Allah! Aqil kuat semangat. ;)

      Delete
    2. Oh... mst leceh dan jd lmbt pulak dia nk bersiap kan? rasanya skrg pn x digalakkan bersukan sangat jugak dh cuaca panas... semoga aqil sabar dgn dugaan ni... aqil kuat semangat tau... harap aqil baca komen auntie ni.. hehehe

      Delete
    3. Iye kak mim pergerakan dia jadi lambat. Kesian juga tengoknya tapi itulah kalau tak pakai dengan konsisten nanti tak berkesan. In syaa Allah! Kak mim doakan Aqil ye. Aqil cakap TQ UNTIE BAGI SEMANGAT.. Hihihi!

      Delete
  5. semoga terus pulih dan ia perlu semangat yang kuat untuk menghadapi ujian ini.....aamiin

    ReplyDelete
  6. moga dipermudahkan buat Aqil ya,.... cayok2

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.