Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Kita manusia biasa hanya mampu berusaha dan berdoa. Setelah kedua2nya kita lakukan dengan bersungguh2 jalan terakhir adalah tawakal kepada Allah swt. Kerana Allah swt sajalah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu. Setiap yang berlaku dimuka bumi ini semuanya didalam pengetahuan dan izinnya juga. Kun Fayakun! Jadilah, maka terjadilah.
Hari ini hari ibu jalani rawatan transfusi darah. Seperti yang ibu ceritakan semalam untuk hari ini ibu diberitahu hanya dapat satu pek darah sahaja dan akan diambil semula sample darah ibu yang baru untuk hantar ke tabung darah bagi mendapatkan darah pek kedua. Ibu akur sahaja asalkan dapat darah yang betul2 serasi dengan antibodi ibu. Ibu nak darah yang betul2 serasi 100% tak mahu kurang dari itu walaupun 90% atau 95%. Sebab pernah juga ibu terima darah yang kurang serasi. Apa jadi lepas tu?! Habis naik alahan satu badan sampaikan bengkak2 mata ibu dah macam tak serupa orang asyik menggaru tak berhenti. [Baca Juga] : Alahan Semasa Transfusi Darah
Sambung balik cerita ibu. Sampai di pintu wad elok saja kaki ibu melangkah masuk nurse terus jerit "Kak Salina hari ni masuk dua pek darah tau petang semalam tabung darah call bagitau dah dapat pek kedua..." Allah! Tak terucap dengan kata2 rasa berbunga2 dalam hati ibu penuh syukur yang tak terhingga. Macam nak melompat pun ada. Hahahaha! Nasib baik waktu itu tak ramai lagi pesakit yang dah sampai. Huhuhu!
Makanya tadi masuklah ibu dua pek darah bekalan untuk ibu menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Nanti bulan depan ibu datang lagi. Itulah rutinnya sampailah ke hujung nyawa. Macam tajuk novel pula Setiap Hujung Nyawa. Hahahaha! Best tau novel dia. Kalau tak silap drama pun ada juga diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama. Eh! Tak ingat sebab dah lama sangat cerita tu.
Alhamdulillah diatas segala nikmat rezeki yang Allah swt telah beri untuk hari ini. Urusan rawatan semua berjalan lancar. Cucuk jarum pun sekali sahaja terus dapat uratnya. Tak perlu nak cucuk banyak2 kali. Nurse pun lega kalau tidak mereka paling risau dapat pesakit yang susah nak set jarum macam ibu ni. Urat ibu urat degil sebab urat ibu jenis suka lari2. Nampak seperti timbul uratnya tapi bila dah dicucuk jarum dia hilang pula jenuh kena godek2 jarum nak mencari balik urat yang hilang. Sakit tau bila digodek2nya jarum tu. Adoi!
Pek pertama mula pukul 9.30 pagi dan pek kedua pula mula pukul 12.30 tengahari. Pukul 3.30 petang semuanya selesai. Kali ini satu pek ambil masa lebih kurang 3 jam baru habis. Elok2 saja waktunya tidak lambat sangat dan tidak terlalu cepat. Habis saja darah ibu terus ke kantin hospital mencari makan. Lapar sangat dah waktu tu pedih perut dibuatnya. Ibu order nasi goreng pataya. Ibu minta mereka masakkan separuh saja nasi ibu. Tak apa ibu sanggup bayar dengan harga nasi penuh konon nak elakkan pembaziran tak habis. Tapi nasi tu tetap juga tak habis sebab ibu rasa dia tak buat nasi separuh dibuatnya penuh juga. Nak bungkus bawa balik ibu malas nak bawa pinggan ke gerai tu balik minta dia bungkus. Ibu tinggalkan saja.
Waktu nak balik ibu lalu depan gerai jual Waffle pula. Eh! Macam teringin nak Waffle. Nampak tak betapa tamaknya ibu disitu. Nasi pun tak habis ada hati nak bungkus Waffle. Ibu batalkan saja niat nak bungkus Waffle tadi. Nasib baik tak bungkus kalau tidak membuang lagi lah jawabnya sebab balik saja rumah lepas mandi dan solat ibu terus lena sambung tidur yang terkandas waktu masuk darah tadi. Ngeheeeeee! Maka tamatlah cerita ibu untuk hari ini. Semoga kita berjumpa lagi. Hahahahahahaha!
Bekalan darah ibu untuk hari ini.
Alhamdulillah!
Kepada siapalah pahala ini akan terus mengalir?!
Siapa agaknya perndermanya.Terima kasih yer. ;)
Tengoklah senarai2 antobodi dia.
Satu pun ibu tak paham.
Hahahaha!
Lebih kurang 7 ke 8 kesemua antibodi yang ada.
Memang RARE lah darah ibu ni.
Hingga saat akhir mereka usahakan juga mencari.Allah swt permudahkan semuanya.Syukur!
Separuh dah masuk dalam badan ibu.
Tinggal lagi separuh.
Pekat darahnya.
Sampai licin ibu sedut.Huhuhuhu!I'm DracuLady!
Bulan depan ibu datang lagi.Apa pula bulan depan.Tarikh temujanji seterusnya 22/7/2025 nanti.Hahahahaha!3 minggu lagi ibu datang semula tau.
Ok lapar jom cari nasi pula.
Nasib baik orang tak berapa nak ramai tadi.
Cepat saja order ibu siap.
Tak perlu nak berbaris panjang.
Siap nasi goreng pataya ibu.
Banyak sungguh nasinya.
Kenyang sampai ke malam.
Eceih!!
Yang paling ibu lega sangat bila terus dapat masuk dua pek darah ni ibu tak perlu nak kena cucuk banyak2 kali.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.