Advertisement

Main Ad

Manusia Datang Dan Pergi

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari Jumaat lepas ibu cuti ada urusan di sekolah Aqil. Nanti2lah ibu cerita pasal itu. Masih tengah mengambil mood untuk menulis pasal result PPSA 2025 Aqil Naim. Agak mengecewakan jugalah result dia kali ini. Banyak mata pelajaran yang menurun berbanding dengan result PASA 2024. Kalau tahun lepas ibu boleh lagi tenang mendengar tahap pencapaian dari cikgu kelasnya tapi kali ini ibu risau. Memandangkan percubaan untuk SPM berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi. Dengan apa yang cikgu terangkan perkembangan Aqil agak merisaukan juga. Aduhai tak boleh nak cerita lebih nanti datang balik Overthinking ibu mulalah memikir macam2 sampaikan boleh kemurungan seharian.

Kali ni ibu nak cerita sikit tentang "manusia" disekeliling kita. Mereka datang dan pergi silih berganti. Datangnya mereka mencipta kenangan dan memori untuk disimpan. Tak kiralah ianya baik atau buruk dan manis ataupun pahit. Kehadiran mereka juga banyak mengajar kita tentang sifat2 manusia dan secara tidak langsung menjadikan kita manusia yang lebih matang dalam menanggani sifat itu. Apa yang pastinya setiap manusia yang hadir akan pergi juga meninggalkan kita dan yang tinggal hanyalah kenangan samada ianya indah ataupun tidak.

Hari Jumaat lepas sewaktu sedang bercuti ibu terima perkabaran salah seorang teman sekerja ibu yang telah bersama dengan ibu mencipta kenangan di pejabat itu sejak dari tahun 2005 lagi akan bertukar keluar Jabatan. Memang beliau memohon pertukaran keluar Jabatan untuk mencari angin dan suasana baru katanya. Menimba pengalaman dia Jabatan lain pula. 

Pada mulanya ibu agak terkejut juga dengan keputusan yang diambilnya. Kerana kami sangat2 rapat boleh dikatakan macam belangkas. Kami pernah bekerja dalam 1 team yang sama sehinggalah kami berdua ditukarkan membuat kerja yang berbeza tapi masih di dalam Jabatan yang sama. Setiap hari berjumpa dan bergurau senda. Kadangkala bergaduh manja dan dia menjadikan ibu tempat untuk meluah perasaan dan masalahnya. Kami rapat sangat rapat. Pernah kami berjanji untuk pencen bersama2 di Jabatan sekarang. Tapi kita manusia hanya merancang dan Allah swt jugalah yang menentukannya. Nampak gayanya ibu saja yang berpencen di Jabatan sekarang ini. 

Kenapa ibu tak memohon sama bertukar keluar Jabatan?! Banyak faktor yang ibu fikirkan salah satunya masalah kekerapan ibu dalam menjalani rawatan di Hospital. Di Jabatan sekarang ibu masih menerima kelonggaran disitu walaupun kekangan kerja agak membebankan juga. Namun ibu masih boleh bertahan asalkan jangan ganggu rutin rawatan bulanan ibu sahaja. Jika di Jabatan lain ibu tidak tahu bagaimana situasinya. 

Buat teman sepejabat ibu yang bakal bertukar itu, macamlah dia baca entry ni dia tak tahu pun pasal blog ibu ni. Huhuhuhu! Doa ibu semoga beliau akan terus majujaya dan berbahagia ditempat baru seperti yang diimpikannya. Mungkin apa yang diimpikannya itu kerja yang lebih relaks dan santai tanpa bebanan kerja yang banyak dan tiada suasana toksik akan diperolehinya di tempat baru nanti. Good Luck! ;)



Tiada manusia yang akan kekal bersama dengan kita.
Mereka semua hadir silih berganti.
Hargai sahaja siapa yang masih ada disisi.

Tiada ucapan SELAMAT TINGGAL yang ada hanyalah ucapan SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI ;)

Post a Comment

14 Comments

  1. Hidup ini sememangnya begitulah hendaknya.Datang dan pergi , bertemu dan berpisaha..serba dua..berpasangan suka duka , gembira sedihlah pula ..sabar saja kan

    ReplyDelete
  2. Setuju..hargai semua insan yang berada di sisi... bila-bila masa saja mereka akan pergi tinggalkan..

    ReplyDelete
  3. Dtg dan pergi..tiada yg kekal kat dunia ni..lumrah kehidupan duniawi...salam hari selasa utk salina

    ReplyDelete
  4. Semoga yg baik-baik mengiringi setiap langkah mencari keberkatan rezeki.
    InShaaAllah yg hilang akan berganti, meskipun tidak serupa, kita belajar daripadanya.

    ReplyDelete
  5. Sama la dgn Abang pun, result PPT ni teruk. Apapun kita sama2 berdoa agar Allah kurniakan kejayaan buat semua calon SPM2025 ni ibu...
    Dulu masa kerja, bila ada staff resign rasa down juga. Tapi lama2 okay je, adatlah tu kan. Bertemu berpisah ...

    ReplyDelete
  6. selamat maju jaya buat kawan sally, insyallah aqil boleh untuk SPM, masih ada masa lagi utk berjuang hingga ketitisan akhir, all the best utk aqil 🌷

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.