Advertisement

Main Ad

Hujan Menggamit Memori

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Malam ini hujan lebat.
Sejuk betul rasa menyucuk sampai ke tulang.
Hujan2 ni kadangkala mengingatkan kita satu waktu dahulu.
Sewaktu badan ini masih kuat dan tidak mudah jatuh sakit.
Masih tidak ada garis2 halus kedutan diwajah.
Tenaga masih kuat untuk kesana dan kesini.
Jiwa kental tidak mudah rapuh.
Fikiran tidak cepat terganggu.
Emosi yang tebal macam benteng yang sukar ditembus.
Ah! Rindu dengan diri sendiri suatu ketika dahulu.
Semakin lama semakin ditinggal jauh.
Berbaki hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Tahniah kerana telah berjaya melalui tahun ini dengan semangat juang yang tidak pernah padam.


Throwback gambar dia waktu kecil dulu.
Rindunya!
Sampai masa untuk melepaskan dia terbang dengan sendirinya.
Agaknya sebab inilah kenapa dulu orang suruh ibu beranak anak ramai.
Bila seorang dah melangkah keluar masih ada lagi yang tinggal.
Tapi bagi ibu ramai atau sedikit bukanlah keutamaanya.
Kerana anak hanya ada dengan kita hingga dia remaja sahaja.
Bila dewasa dia harus berani belajar mengatur hidupnya sendiri.
Kita sebagai orang tua hanya perlu memantau agar langkahnya lurus.
In syaa Allah!

Hujan diluar masih lebat. Sejuknya! Huhuhuhu!

Post a Comment

18 Comments

  1. Aqil kah tu sewaktu waktu dahulu, comelnya diakan, sejuk hati ibu melihat..memang masa muda banyak kita boleh buat..telah banyak asam ragam kehidupan sarat di minda, takkan hilang selagi hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Aqil satu ketika dahulu. Sangat comel dan manja. ;)

      Delete

  2. Sampai masa, anak kita akan melangkah keluar..semoga segala asuhan dan didikan kita akan menjadi ingatan dan pedoman pada diri mereka..aamin

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Comel! Rindu! Sekarang muka dia dah naik jerawat dah MZ. Hormon katanya. ;)

      Delete
  4. Lipis pun hujan malam tadi. Kilat & guruh berdentum je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebat kan?! Malam ni pun di tempat ibu hujan renyai2 sejak petang td.

      Delete
  5. Comel Aqil..Masa berlaku yang takkan Berulang. Semoga terus kuat sehingga ke penghujung kehidupan kita...inshaAllah..

    ReplyDelete
  6. Bab fizikal tu sedia maklum, makin meningkat usia Makin kurang tenaga. Tapi bab emosi, rupanya makin berusia makin cepat serabut juga terutamanya melibatkan hal anak² 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu jenis overthinking PH bahaya kadang2 sampai susah nak tido malam

      Delete
  7. aaabang... (love kat mata)
    bila tahun berlalu seiring kondisi badan pun menua. muka je gitu sampai orang tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mata dia skrg dah bersembunyi disebalik cermin mata tebal. Hahaha! Betul tu umi bdn ibu ni dh x sekuat dulu

      Delete
  8. Comel gambar anak sis masa kecik dulu. Skrg dah umur berapa? anak sulung saya tinggal 2 tahun je lagi nak menamatkan zaman sekolah. Lepas tu dia pun mungkin akan berjauhan dgn kiteorg jugak 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal ambil SPM tahun ni doakan ye kejayaan buat Aqil Naim ibu dah sebak kenangkan dia bakal bawa langkah sendiri lepas ni. Hukhukhuk

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.