Advertisement

Main Ad

Hujan Menggamit Memori

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Malam ini hujan lebat.
Sejuk betul rasa menyucuk sampai ke tulang.
Hujan2 ni kadangkala mengingatkan kita satu waktu dahulu.
Sewaktu badan ini masih kuat dan tidak mudah jatuh sakit.
Masih tidak ada garis2 halus kedutan diwajah.
Tenaga masih kuat untuk kesana dan kesini.
Jiwa kental tidak mudah rapuh.
Fikiran tidak cepat terganggu.
Emosi yang tebal macam benteng yang sukar ditembus.
Ah! Rindu dengan diri sendiri suatu ketika dahulu.
Semakin lama semakin ditinggal jauh.
Berbaki hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Tahniah kerana telah berjaya melalui tahun ini dengan semangat juang yang tidak pernah padam.


Throwback gambar dia waktu kecil dulu.
Rindunya!
Sampai masa untuk melepaskan dia terbang dengan sendirinya.
Agaknya sebab inilah kenapa dulu orang suruh ibu beranak anak ramai.
Bila seorang dah melangkah keluar masih ada lagi yang tinggal.
Tapi bagi ibu ramai atau sedikit bukanlah keutamaanya.
Kerana anak hanya ada dengan kita hingga dia remaja sahaja.
Bila dewasa dia harus berani belajar mengatur hidupnya sendiri.
Kita sebagai orang tua hanya perlu memantau agar langkahnya lurus.
In syaa Allah!

Hujan diluar masih lebat. Sejuknya! Huhuhuhu!

Post a Comment

0 Comments