As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Selamat berhujung minggu semua..
Apa plan kome minggu ni?!!!
Hari ni plan ibu & kedua hero pujaan hati ibu nak berbuka puasa dekat umah In Law..
Sebelum tu ibu saja nak kenalkan kome dengan Cik/Encik Talasemia ni..
Ibu penah buat entry pasal ni dulu..
Tak apalah biarlah sekali lagi ibu buat ye..
Mungkin ada yang tertanya2..
Apa ler penyakit si ibuAqil ni yer..
Duk sampaikan
pesanan yang macam2..
Oklah sebelum tu credit artikel kat bawah ni ibu ambil dari
Wikipedia..
APAKAH ITU PENYAKIT TALASEMIA?!!!!!!!!
TALASEMIA (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripadaparu-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
JENIS TALASEMIA
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia. {ini yang ibu hidapi sejak berusia 7 bulan sampai sekarang dah 29 tahun.. lama dah kan?! ;)}
PEMBAWA TALASEMIA
Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
1. 50% kemungkinan adalah pembawa
2. 50% kemungkinan adalah normal
3. Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
PESAKIT TALASEMIA
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
1. 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
2. 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
3. 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
TANDA-TANDA
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan NORMAL sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia diantara 13 hingga 18 bulan. Tubuh pucat, lemah, dan gelisah. Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa. Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal (tanda lewat).
RAWATAN PESAKIT TALASEMIA
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan {itu yang ibu gelar RUTIN BULANAN}.. Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
SARINGAN TALASEMIA
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
|
Credit picca from Mr. Google.. |
Hidup ibu dari kecil sampai sekarang asyik bermain dengan jarum je..
Tapi bukan jarum jahit baju macam yang kat atas tu..
Tapi tak apa sebab ibu ada kedua mereka ni sebagai kekuatan..
|
Kalau dikelilingi dengan insan yang disayangi & menyayangi sakit pun jadi sihat.. |
Nota Si Jari Runcing ~Setiap hari mereka akan pastikan ibu ketawa bersama mereka.. Ibu membebel dekat mereka.. Kadang2 mengamuk disebabkan mereka.. Semuanya kerana mereka..~
6 Comments
sakit itu juga salah satu ujian dari_Nya.. tanda kasih sygnya pada kita.. semoga ina redha menerimanya dgn seikhlas hati..insyallah..ina akan tenag mghadapi penyakit ni....
ReplyDeletetp sbg manusia kdg2 kt ttp mgeluh..knp kita???? apa2 pon.. kt hrus bsabar.. y pting kt bahagia dkelilingi oleh insan y tsyg:-)
selagi ada daya...
ReplyDeletejangan putus asa...
tambahan pulak ada insan tersayang yang menemani kan?
mmg bertambah kuat jdknya...
tag ibu...
ReplyDeleteeh mana shoutbox
http://canteek-selalu.blogspot.com/2011/08/contest-apa-tema-outdoor-uolls.html
@LYAfrina Betul lya.. Segala persoalan tu pernah timbul dlm fikiran ni.. Tapi rasa berdosanya ina sebab hilang rasa syukur.. Sepatutnya ina bersyukur.. Walaupun nikmat kesihatan ina ditarik sedikit tp Allah swt gantikan dengan nikmat lain.. Yg tak terhingga nilainya.. Syukur ya allah!! Kita yang terpilih kan Lya.. Kita antara yg teristimewa.. :D Semoga kita yang terus diduga ini akan lebih tabah & kuat harungi dugaan Allah!!!
ReplyDelete@anisalya Insya'allah dear.. Tak akan putus asa.. Akan sentiasa bangun apabila hampir tersungkur.. Tak akan terus duduk tanpa berusaha untuk terus melangkah.. Terima kasih dear.. ;D
ReplyDelete@Lelord Ntah lah mama.. Msjbox problem.. Server down lagi ler tu.. :D Dah jawab dah tag.. ;)
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.