Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 6
Sepatutnya entry ni ibu update lama dah tapi itulah dia bila ibu semakin tak konsisten dalam menulis blog banyak kenangan yang sepatutnya diabadikan disini hilang macam tu saja. Sayangnya! Walaupun Aqil bukanlah peminat setia blog ibu ni. Dia memang tak suka nak membaca cerita2 macam ni. Yang dia suka baca cerita2 sejarah tak kisahlah sejarah dalam negara ke luar negara ke. Sejarah perang dunia pertama atau kedua ker. Ha! Yang itu dia suka. Gemor bebenor kata orang Perak. Padahal blog ibu ni boleh masuk kategori kisah sejarah lah juga. Sejarah zaman Aqil Naim kecil2 dulu. Huhuhu!
Oklah dalam entry ni ibu nak cerita sikit pasal perjalanan dan perjuangan Skoliosis Aqil Naim. Kali terakhir temujanji Aqil dengan pakar Otopedik pada 15/1/2025 yang lepas. Uishhhhh! Dah nak masuk bulan 7 baru ibu teringat nak cerita. Itupun ntah ingat lagi ke tidak apa yang doktor bagitau hari tu. Hahahaha! Ibu tulis sajalah apa yang masih ibu ingat yer.
Pada 15/1/2025 yang lepas seperti biasa ibu dan ayah ambil cuti untuk bawa Intan Payung kami pegi jumpa doktor. Ikutkan ayah tak perlu cuti pun tak apa tapi masalah yang selalu terjadi setiap kali kami ke hospital adalah tempat parking kereta. Ibu tak pasti adakah semua hospital kerajaan di negeri lain sama juga ada masalah tempat parking kereta. Walaupun kami dah cuba datang seawal yang boleh tetap juga tak dapat cari tempat parking yang kosong. Jadi terpaksalah ayah turunkan ibu dan Aqil melilaulah ayah usaha cari kalau ada rezeki kereta yang nak keluar. Masalahnya awal pagi sah2 lah semua kereta baru sampai betul tak. Hahahaha! Makanya sampai ke sudah lah ayah tunggu dalam kereta sampailah urusan Aqil selesai.
Keputusan Aqil hari itu semuanya baik2 sahaja. Daripada X-Ray yang dibuat peratus bengkok tulang belakang Aqil masih kekal 23 darjah tidak bertambah teruk. Ya Allah! Ibu rasa macam nak menangis waktu doktor bagitahu keputusannya. Bayangkan boleh dikatakan setiap hari sejak dari awal pemakaian Brace lagi telinga Aqil bernanah asyik dengar bebelan ibu suruh pakai Brace. Ikat Brace tu ketat2 jangan longgar. Betulkan posture badan setiap kali duduk atau berdiri. Macam2 lagi lah yang ibu bebelkan. Hanya untuk pastikan yang dia pakai benda tu tak culas. Itu belum lagi dia pakai Brace setiap hari pegi sekolah. Bayangkan dengan cuaca panas pakai pula Brace memang balik saja rumah basah lenjun badan Aqil dah macam baru naik dari berendam dalam sungai kata opah. Kesian anak ibu. ;( Kita ni yang kerja dalam aircond pun kalau tak sejuklah aircond tu merungut merangat bayangkan Aqil dekat sekolah yang hanya berkipas saja itupun kipas bukannya betul2 atas kepala dia. Tapi semangat dia betul2 kuat dan dari awal dia berdisiplin dalam menjaga pemakaian Brace. Kena bagi reward macam ni. Hihihihi!
Cuma sejak masuk Tingkatan 5 awal tahun ni Aqil tak pakai Brace ke sekolah disebabkan Aqil ada kelas tambahan hampir setiap hari di sekolah pukul 5 petang baru balik. Macam mana dia nak pakai Brace tu dari pagi sampai ke petang dengan keadaan cuaca yang teramatlah panas sekarang ni. Dia tak selesa nak duduk belajar. Saya tak dapat nak fokus katanya sebab terlampau panas. Jadi ayah dan ibu bagi kelonggaran untuk Aqil pakai Brace bila dah balik rumah. Ikutkan risau lah juga. Tapi dalam temujanji yang lepas doktor ada beritahu yang proses pembentukan tulang Aqil dan semakin matang dan menunjukkan yang ia semakin menghampiri proses terakhir. Temujanji seterusnya pun doktor jarakkan dalam masa setahun dan tarikh seterusnya untuk jumpa pakar Otopedik pada 21/1/2026 tahun depan. Alhamdulillah! Brace Aqil pun tak perlu ditukar baru masih pakai yang lama kerana kata mereka rugi jika mahu tukar yang baru sebab Aqil mungkin akan discharge dengan pakar Ortopedik tahun depan. ;)
Waktu doktor terangkan situasi Aqil ibu nampak Aqil asyik curi2 pandang muka ibu. Ibu tahu apa yang dia tengah cari. Dia tengah cari air mata ibu. Sebab Aqil tahu hati ibu ni mudah sangat tersentuh bila masuk bab2 begini. Sedaya upaya ibu tahan air mata ibu tak nak menangis depan dia. Mana boleh ibu menangis depan Aqil waktu itu. Ibu kena lebih kuat dari Aqil barulah Aqil akan kuat dan bersemangat untuk teruskan perjuangan Skoliosis Aqil ni. Sabar yer sayang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. In syaa Allah!
Ini gambaran X-Ray tanpa memakai Brace.
Keputusan dia masih 23 darjah.
Ini pula gambaran X-Ray waktu Aqil pakai Brace.Tak jauh bezanya masih 23 darjah.Alhamdulillah!Yang point2 tu anggaran doktor saja ada tambah tolaknya.Lega hati ibu bila perkembangan Aqil sangat2 positif.Terima kasih juga atas doa dari kawan2 semua.Yang mana sejak awal mengikuti perjuangan Skoliosis Aqil.Hampir 3 tahun dan selama 3 tahun itulah Aqil tidak pernah mengeluh.Ibu bangga dengan Aqil Naim.Chaiyok!
Kata Aqil dia kuat sebab ibu dia kuat. Kalau ibu pun boleh berjuang maknanya saya pun boleh juga. Saya anak seorang perjuang! Huwaaaaaa! Aqil selalu gitu bila tengok dia seolah macam tak ada perasaan tapi sekali dia bercakap ibu hilang kata2. Sobsssssss!
4 Comments
lega sy baca bila ada perubahan postif...
ReplyDeleteinsya allah aqil boleh atasi semua ni!
chaiyok chaiyok!
Sebagai staf hosp daerah yang kecil ni pun masalah parking memang susah. Staf, pelawat memang terlalu ramai. Apetah lagi hosp negeri yang besar.
ReplyDeleteSemoga yang baik2 je untuk Aqil dan terus kuat.
ReplyDeleteTak pernah mengeluh tu yang buat uncle pun tumpang bangga!
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.