Advertisement

Main Ad

Dairy Farm Keycap

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

[Baca Juga] : Koleksi Keyboard
[Baca Juga] : Meja Kerja Ibu
[Baca Juga] : Papan Kekunci Berwarna-Warni

Kalau pernah baca ketiga2 entry ibu yang di atas mesti tahu yang ibu ni cukup suka mengumpul keyboard PC. Ibu ada 4 koleksi semuanya termasuk keyboard yang dekat pejabat ibu tu pun ibu beli sendiri. Pejabat ibu ada sediakan bukan mereka tak sediakan tapi keyboard yang ibu dapat tu dah tak berapa sedap untuk ibu gunakan. Dia akan tersangkut2 bila ibu nak menaip. Yelah ibu pun dapat PC yang 2ndhand nak buat macam mana udah itu yang di bekalkan kita terima saja lah seadanya. Eh! Nak cerita pasal sejarah PC dekat pejabat tu panjang. Kena cerita dalam entry lain nanti lah itupun kalau ibu rajin nak bercerita kisah di pejabat tu. Hahahahaha! Risau pulak ibu takut ada mata2 yang memerhati disini. Tapi rasanya blog ibu ni selamat daripada di "stalker" mereka2 itu. Huhuhuhu!

Ok makanya beberapa hari yang lepas ibu ada order keycaps baru. Keyboard ibu semuanya jenis yang "hot-swappable" boleh tukar2 keycaps dan switchnya. Tak payah lah nak beli keyboard baru kiranya agak2 dah bosan tu beli saya keycaps dia dah tukarlah sendiri. Ikut pada minat masing2 ye. Mungkin ada yang berpendapat macam rugi saja atau membazirlah kata orang. Itu suara2 yang selalu ibu dengar di pejabat. Huhuhu! Asal ada benda baru yang orang lain beli mesti ada suara2 yang akan cakap membazir betul. Tak kiralah suka membeli baju, tudung, barang2 perhiasan meja kerja, kasut, makanan atau setakat beli pen banyak2 pun dikatakan membazir. Sibuk je nak bercakap hal orang beli itu ini. Biarlah diorang membeli tu bukan mintak duit kita pun untuk bayar. Mungkin itu cara mereka nak "reward" diri mereka sendiri dengan gaji penat lelah mereka bekerja kan?! Setiap orang kepuasan dia tak sama jadi kita raikan saja dan hormati hobi mereka. Asalkan mereka tak menyusahkan kita. Betul tak?! Eh! Dah melalut pulak ibu ni. Huhuhuhu

Sambung balik cerita ibu hari ni. Bermula dari hari ibu order keycaps tu dan sampai ke hari ini ibu asyik semak parcel ibu tu dah sampai mana proses penghantarannya. Barang ibu beli ni datang dari China jadi memakan masa jugalah dia nak sampai tapi tidaklah lama sangat kurang dari seminggu dia dah sampai. Pagi tadi ibu semak dia dah sampai dekat pusat penghantaran di Gopeng. Ah! Tak lama lagi lah tu nak sampai ke rumah. Masuk tengahari pukul 12 ibu semak sekali lagi dia dah out of delivery. Uiiiiii rasa nak melompat bila tahu dia dah on the way. Hahahahaha! Dia selamat sampai ke rumah pukul 3 petang. Terus ibu minta budak Aqil tolong ambilkan. Mengeleng kepala budak itu tengok ibu dia dah macam budak kecik baru dapat barang mainan. Hahahaha!

Parcel sampai saja kepangkuan ibu terus peluk erat kotak dia. Eh! Macam dapat hadiah dari kekasih pulak. Hahahahaha! Nasib ayah tak perasan kalau tidak mesti ayah cemburu melihatnya. Ahaks! Ibu buka bungkusan dengan penuh hati2. Alhamdulillah! Ibu terima parcel dalam keadaan selamat tanpa ada yang kurang atau rosak dimana2. Ini kali kedua ibu beli keycaps di kedai yang sama. Ibu order di Shopee saja ada offer waktu itu kebetulan coin ibu pun banyak yang tak ditebus lagi jadi dapatlah harga murah dari biasa. Ibu dah lama berkenan keycap ni. Ibu tengok ASMR keyboard dalam TikTok. Eh! Cantik pula terus terjatuh hati kira cinta pandang pertama. Akhirnya berjodoh juga kami. Hahahahaha!


Parcel yang ditunggu2 akhirnya sampai ke tangan juga.
Gembira rasanya hati tidak terkira.
Seperti bulan jatuh ke riba.
Ewahhhh!


Keycaps kedua yang ibu beli di kedai yang sama.
Sebelum ni ibu beli keycaps warna-warni.
Untuk yang itu guna di pejabat.
Bersemangat tau menaip surat menyurat.
Hihihihi!


Wajah asal keyboard sebelum dia bertukar baju.
Keycaps original keyboard ni.
Cantik juga bukan tak cantik.
Kena puji nanti dia merajuk.
Huhuhuhu!


Ini keycaps yang baru.
Siap dah ibu pasang tadi.
Sampai2 saja ibu terus pasang.
Itu yang bersemangat menaip entry ni.
Huhuhuhu!


Ibu link kan dengan keyboard Toshiba yang sudah ibu upgrade.
Comelkan?!
Tema dia Dairy Farm Keycap.
Hahahahaha!


Ok jom kita layan blogging dengan keyboard lama berwajah baru.
Ayuh kawan2 ku.
Menari bersama ku.
Eh!!!!

Ada 1 lagi keyboard baru on the way tau. Jangan bagitau ayah Aqil. Hahahaha! Kalau ayah tahu nanti dia buka warung tepi jalan. Nak dijualnya semua keyboard dengan keycaps ibu yang tak pakai tu. Hahahahahaha! Bukan tak pakai nanti dah jemu ibu tukar lah balik. Hurmmm! Tukar balik ke atau beli design lain pula?!! Eh! Ibu Aqil banyak akal. ;)

Post a Comment

10 Comments

  1. Comel & fancy.. geram sgt tgk kaler rasa nk mkn.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kak Mim tgk keycaps keyboard yg warna-warni tu lg geram mcm chewing gum kata deme ;)

      Delete
  2. Comel je. Minat setiap orang tak sama jadinya abaikan suara langau tu asalkan kita puas dapat apa yang kita suka. Cie beli jugak dulu masa keypad laptop rosak. Nak guna terus beli jela sementara nak tukar keypad laptop tu. Tapi takdela yang comel2 macam ni. Cie beli hat standard je jenis wireless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kepuasan dan minat kita semua berbeza jd kita raikan saja perbezaan itu kan. Keyboard wireless pun bagus jgk. ;)

      Delete
  3. Comelnya...kita NIE kalau membe² beli sesuatu yang baru,sibuk nak tau..lagi² kalau menarik perhatian,memang tanya habis²..bab membazir tu, lantak dia lah...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang sibuk nak tau sbb berminat dgn benda tu tak apa. Kadang bila kita minat kita pn teringin nak beli jgk mmg akan tanya detail kan. Ini yg sibuk duk kondem orang membeli tu agak annoying sikit. Semua benda nak dikondemnya. Hihihihi

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.