Advertisement

Main Ad

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Orked Nayla

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Cerita lama tapi ibu tetap nak cerita juga biar ia jadi kenangan di blog ibu ini. Alhamdulillah! Penantian mereka selama 8 tahun akhirnya Allah swt makbulkan doa mereka dikurniakan zuriat sendiri.

[Baca Juga] : Penantian Itu Indah

Pada 26/7/2025 yang lepas telah diadakan Majlis Aqiqah & Kesyukuran buat Orked Nayla. Nama yang indah diberikan oleh kedua ayahbondanya. Genap usianya 5 bulan lahir kedunia. Zuriat yang dinanti2kan semua ahli keluarga. Cucu pertama disebelah bonda dan merupakan cucu ke-9 disebelah ayahnya. Biras ibu memang inginkan anak perempuan. Katanya boleh jadi geng dia nanti. Boleh belikan baju cantik2. Allah swt makbulkan doanya 25/2/2025 lahirlah cinta hati mereka Orked Nayla.

Tak banyak yang boleh Maklang ceritakan disini tentang kamu Orked. Cukup kamu tahu bahawa kehadiran kamu itu adalah satu anugerah yang terindah buat ayahbonda mu. Semoga Orked membesar menjadi anak yang solehah penyejuk hati orang tua. Membesar dengan sihat Orked. ;) 










Alhamdulillah!
Selesai sudah Majlis Aqiqah & Kesyukuran puteri mereka.
Seronok tengok persiapan majlisnya.
Dah macam anak nak bertunang.
Zaman Aqil Naim dulu pakai buaian henjut2 tu.
Yang dihiaspun sekeliling buaian tu saja.
Zaman anak dia nanti tak tahulah ibu macam mana pula.
Hihihihihi!

Sekarang sejak ada Orked Nayla ibu dan mamanya jarang dapat keluar me time macam dulu2. Apa lagi kalau nak keluar tengok wayang cerita hantu. Adalah sekali dua mamanya keluar lunch dengan ibu waktu rehat hari Jumaat. Itupun macam2 yang kami bualkan sampai tak cukup masa dua2 semangat nak bercerita itu ini. Huhuhu!

Post a Comment

14 Comments

  1. Alhamdulillah
    Semoga membesar jadi anak solehah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..majlis berseri sekali, apatah lagi rahmatNya mengalir ke rumah ..ada bacaan al quran. Syukur kesempatan hebat aqiqah

    ReplyDelete
  3. Cantik nama baby. Pelamin pun cantik macam nak kahwin dah. Hihi. Alhamdulillah selesai dah semuanya.

    ReplyDelete
  4. grand betul majlisnya! nama baby pun cute dan klasik sgt!

    ReplyDelete
  5. Welcome to the world Orked... Sedap betul namanya, lurvvv 🫰🏻

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah lama TTC tu. Semoga membesar dgn sihat Nayla

    ReplyDelete
  7. Ye la Ibu...zaman sekarang ni majlis Akikah dah macam kenduri kahwin kan anak...hehehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.