Advertisement

Main Ad

Birthday Treat MIL

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ini kami bawa MIL ibu keluar sarapan pagi.
Ada sebuah kedai sarapan yang agak viral juga lah dekat dengan rumahnya.
Food & Wood Craft Cafe yang bertempat di Chemor.
Ibu teringin lempeng sambal bilis dia.
Sesiapa yang datang ke Ipoh cubalah google dimana kedainya.
Ibu ni nak bagi direction memang gagal.
Kalau kami berjalan ayah suruh ibu duduk diam saja jangan nak cuba baca maps.
Entah kemana hala arah tuju kereta tu nanti.
Hahahaha!
Selesai sarapan pagi singgah sekejap melepak di rumah MIL.
Sambil ibu layan Grand Final Talk To My Manager.
Rumah kami tak ada ASTRO.
Ibu hanya tengok FYP di TikTok sahaja.
Tak adalah ibu ikut rancangan tu dari awal kemunculannya.
Banyak dengar cerita perbualan daripada kawan2 dipejabat saja.
Seronok juga tengok keletah artis2 yang menjadi manager kepada anak masing2.
Habis sahaja rancangan itu dah pukul 12 tengahari.
Perut ibu pun dah mula minta diisi.
Ibu ajak ayah pegi cari makan tengahari.
Tak payah lah nak masak2 kesian sebab MIL ibu tak berapa sihat.
Ikutkan dia nak masak sahaja simple2.
Seorang emak ni bila anak tu balik mesti nak masak untuk anak dia.
Masalahnya MIL ibu tu kerap sangat sakit kepala.
Lebih kurang macam ibu juga tekanan darahnya rendah.
Mudah sakit kepala.
Tapi bila dengar anaknya ajak keluar.
Laju dia bersiap seronok sesangat.
Hihihihi!
Kami makan di gerai Ayam Gepuk Ganteng Bandar Meru Raya.
Boleh google juga kalau nak tahu.
Selesai makan kami hantar MIL ibu balik dan kami pun terus balik rumah.
Tak ada merayap kemanapun sebab masing2 dah kenyang dan mengantuk.
MIL ibu pun tak larat nak berjalan lama2 nak baring katanya kepala tak selesa.
Oklah itu sahaja cerita kami hari ini.


Kami sarapan pagi tadi di sini.
Banyak gerai2 makan dengan beraneka pilihan.
Selalunya meja kena tunggu giliran.
Tapi hari ni tak ramai macam sebelum2 ni.
Penuh!


Walaupum menu dia banyak tapi kami ambil makanan yang kami nak makan saja.
Kalau nak ikutkan nafsu dalam diri ni.
Semua nak dibelinya lepas tu membuang saja.


Ini tujuan utama ibu.
Lempeng sambal bilis dia sedap.
Ibu suka.


Tengahari kami makan di sini pula.
Ayam Gepuk Ganteng.
Rezeki kami hari ni orang tak ramai.
Kalau tidak sama juga kena tunggu giliran kalau nak duduk makan.


Waktu ni sesi memilih sambal.
Sambal dia ada tahap2 kepedasannya.
Ayah pilih yang paling pedas.
Maka berairlah mata ayah nak menghabiskan sepinggan nasi.
Malam ni dah mengadu sakit perut.
Ha! Makanlah lagi sambal pedas2.
Hahahaha!


Birthday Treat MIL.
17/10/2025 hari itu genap usianya 66 tahun.
Semoga yang baik2 saja untuknya.
Kami tak beli kek sebab MIL ada kencing manis.
Kami belanja makan nasi ye menggantikan kek. ;)



Ada pula buai gantung dalam kedai tu.
Apa tunggu lagi.
Jom mak kita bergambar.
Hahahaha!
MIL pun layankan saja menantu dia ni.

Malam ini meriah sungguh dengan dentuman mercun di kawasan rumah ni. Yelah esok kan raya. Happy Deepavali buat semua penganut beragama Hindu. Semoga terus bercahaya kehidupan kalian dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Post a Comment

22 Comments

  1. Muka MIL ada iras2 menantu dah. Happy birthday untuk MIL. Semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke?! Maknanya serasi lah tu kan. Hihihi! Terima kasih atas doanya. ;)

      Delete
  2. lempeng tu nampak sedap! cute jer posing2 atas buaian tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap MZ itu yg nak lagi tu. MIL layankan saja menantu ajak bergambar. Hihihi!

      Delete
  3. Sanah helwah utk mil ibu 🎈
    Muda lagi orangnya, semoga sihat² selalu hendaknya 🤲🏻
    Lempeng tu memang menggoda, nampak lembut & gebu. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! Terima kasih PH atas doanya. Mmg sedap lempeng tu lembut tebal. Kalau ibu sekeping pun dh penuh perut. Hihihi

      Delete
  4. Selamat hari lahir buat MIL ibu ye ..seronok agaknya ada MIL, SA x merasa..perkahwinan dulu pun xde..yg sekarang pun xde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA.. Alhamdulillah! Masih Allah rezekikan dia bersama kami cuma tinggal MIL saja FIL dh lama pergi.

      Delete
  5. Selamat hari lahir MIL ibu yang ke 66 :)

    ReplyDelete
  6. Sedap juga lempeng simple tu kan? kita teringin makan tose. ahahaaa~ tiber.
    Happy Belated Birthday for mertua ibu.

    ReplyDelete
  7. happy birthday utk MIL INA..smoga diberikan kesihatan yg baik , bahagia di samping family tercinta

    ReplyDelete
  8. Happy birthday buat MIL Salina 💐
    Muda MIL-nya baru 66 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL bertemu jodoh awal.. Anak sulung pun dah 45 tahun umurnya.. ;)

      Delete
  9. Happy birthday buat MIL sis 🌸 Semoga sihat selalu. Mesti happy dia korang bawak JJCM untuk celebrate birthday dia.

    Bab tak boleh baca map tu, kita lebih kurang sama 😜 saya boleh baca map tapi masalahnya kompas rosak 🤣 terpaksa guna Waze kemana-mana hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nampak dia ceria dlm sakit kepala pun boleh bersemangat dibawa keluar Hihihi! Ibu mmg failed bab tunjuk arah jalan ni. ;,)

      Delete
  10. HBB buat MIL ibu....Ala...macam nak kena buat lemowng jugak ni ibu...ngences

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.