Advertisement

Main Ad

Kita Bukan Kehilangan Tetapi Memulangkan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Bulan lepas keluarga kami telah kehilangan anak syurga yang sudah 19 bulan usianya didalam rahim si ibu. Sudah mula kuat degupan jantungnya dan sempurna lengkap sifatnya. Adik ayah Aqil yang bongsu serta isterinya kehilangan cinta hati pertama mereka.


[Baca Juga] : Selamat Pengantin Baru Fitri


Seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Syahid kerana dia telah syahid sebelum sempat menjengah ke dunia sebelum sampai waktunya. Muhammad Syahid lahir pramatang dan ianya berlaku dengan tiba2. Pastinya semua itu sudah didalam ketentuan sang pencipta Allah swt maha Esa.


Awal pagi 25/9/2025 kata si ibu ada rasa basah diatas katil sewaktu bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Waktu itu suaminya adik ayah masih di Tanjung Malim. Mereka masih PJJ berulanglah adik ayah setiap hujung minggu dari Tanjung Malim ke Ipoh dan isterinya tinggal berdua bersama dengan MIL ibu. 


Bila dah basah tilam isterinya ingat mungkin terkencing waktu tidur diapun bangun dan air masih mengalir dicelah pehanya. Nasib baik waktu itu dia tenang kerana risau takut MIL kami diserang Anxiety lagi jadi dia tenangkan diri mujur tak ada rasa sakit langsung cuma air saja yang keluar.


Pagi itu juga dia bawa sendiri kereta terus ke Klinik Kesihatan Chemor tempat yang selalu dia buat rutin checkup ibu mengandung. Rupanya bila scan air ketubannya dah pecah dan rahimnya dah terbuka manakala kaki baby dah terkeluar sedikit dari rahim. AllahuAkbar! Tak dapat ibu bayangkan perasaan dia waktu itu sedang bersendirian tanpa sesiapa disisi. Waktu itu juga ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun dipanggil kerana dah jadi kes kecemasan. Waktu yang sama dia call suaminya maka bergegaslah adik ayah balik.


Di HRPB setelah detail scan dibuat doktor mengesahkan yang bayi tidak dapat diselamatkan walaupun jantungnya masih berdegup didalam rahim disebabkan rahim telah terbuka dan kakinya sudah keluar hanya tunggu masa dia jatuh dengan sendirinya. ;,(


Si ibu masih cuba merayu jika perlu dibedah saja perut asalkan bayi dapat dikeluarkan dengan selamat namun kata doktor walaupun begitu bayi tetap tidak dapat hidup lama kerana tidak cukup bulan 19 minggu dan beratnya hanya 250g sahaja. Allahuakbar! Besar sungguh nikmat ujian yang Allah swt berikan buat kedua2 mereka. Jadi doktor hanya minta si ibu menunggu diwad hinggalah kandungan itu jatuh sendirinya.


Pada 28/9/2025 hari Ahad waktu 12 tengahari Muhammad Syahid pun lahir ke dunia dalam keadaan normal tanpa sedikit pun dia menyakiti ibunya. Anak yang baik. Sempurna sifatnya handsome orangnya hidung mancung iras raut wajah ibunya. Seperti yang diimpikan kedua abi dan ibunya yang mahu anak sulung mereka lelaki. Allah swt maha baik dimakbulkan impian mereka suami isteri.


Sewaktu lahir jantung Muhammad Syahid masih kuat berdegup kencang namun perlahan2 ianya terhenti. Tidak sanggup si ibu melihat hingga ke saat akhir hanya abinya saja yang menemannya. Hari yang sama juga selepas Asar anak Syurga itu dikebumikan dan ibunya hanya dapat mendakap dan mencium seketika kain batik yang membaluti tubuh halus anak Syurganya.


Muhammad Syahid pergilah kamu berlari2 di Syurga bersama rakan2mu yang lain. Nanti jangan lupa tarik dan pimpinlah tangan kedua abi dan ibu mu sama2 masuk ke dalam Syurga. Kami semua sayangkan kamu walaupun hadir mu hanya lah seketika. Namun kamu akan sentiasa segar dalam ingatan kami.


Sesungguhnya kita bukanlah kehilangan tetapi kita hanya memulangkan semula apa yang menjadi milikNya. Al-Fatihah dibaca buat anak Syurga Muhammad Syahid. ;,(









Tidak perlu ibu huraikan cerita di setiap gambar.
Kerana dengan melihatnya sahaja sudah cukup menceritakan perasaan waktu itu.

Hari ini genap sebulan kejadian itu dan semalam adalah hari kelahiran ibu Muhammad Syahid. Selamat hari lahir Shila semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas selepas ini. Aamiin! Ya Rabb!

Post a Comment

4 Comments

  1. Anak tu dah tunggu ibu ayah di syurga. Semoga ibu ayahnya redha & dikurniakan ketabahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye in syaa Allah mereka suami isteri redha dan semakin kuat ada rezeki lain yg lebih indah Allah siapkan lepas ni Aamiin!

      Delete
  2. Innalilahi wainnalilahi rojiun.. aminn

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.